Pandangan Tun Musa Hitam terhadap Kit Siang dalam wawancara Mingguan Malaysia 7 Mac 2021.
LIM KIT SIANG
Saya kenal dia waktu mula-mula dia masuk politik. Waktu itu saya Setiausaha Kerja UMNO, dia pula Setiausaha kepada Presiden Singapura, Devan Nair.
Kit Siang waktu itu berlari ke sana ke mari dan kita bertembung beberapa kali, dan saya tak kira politik atau tak waktu itu, kita bercakap dan berkawan.
Ada cerita menarik pasal dia ini. Dia selalu datang rumah saya. Masa mula-mula Pakatan Harapan (PH) memerintah yang mana Mahathir jadi Perdana Menteri, dia (Kit Siang) berkunjung ke rumah saya.
Dia terlalu seronok waktu itu sebab dah jadi kerajaan, maka asyik bercakap, saya diam sahaja.
Di penghujung perbualan, saya cakap. “Kit Siang, terima kasih beritahu saya semua ini. Tapi saya nak cakap satu perkara, saya tak percayakan Mahathir.”
Dia bangkang, dia cakap oh kamu tak maafkan orang.
Saya cakap ini bukan soal memaafkan, cuma dari sudut politik saya memang tak percaya kepada Mahathir.
Sekarang, dia mesti malu nak jumpa saya sebab kata-kata saya dulu terbukti benar. – FB Najib Razak