Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Dalang Sindiket Dadah Eropah...

PARIS - Seorang ahli perniagaan Lubnan dipenjara tujuh tahun selepas didapati bersalah mendalangi...

Semua Kaunter Jabatan Imigresen...

PUTRAJAYA - Semua kaunter Jabatan Imigresen di seluruh negara akan ditutup selama tiga...

Mira Filzah Tak ‘Takut’...

UMUM mengetahui Aliff Aziz dan Mira Filzah pernah digabungkan dalam drama bersiri Meh...

Polis Tahan Suspek Samun...

KUALA LUMPUR - Polis menahan lima orang temasuk sepasang suami isteri bagi membantu...

PAS Kekal Pertahan PN, MN

PUTRAJAYA – PAS kekal dengan pendirian untuk memperkukuhkan kedudukan Muafakat Nasional (MN) serta mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, berkata pendirian itu sering disebut dan diulang Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 

“Bagi PAS kita ada dua perkara iaitu pertama adalah untuk memperkukuhkan MN dan yang keduanya untuk mempertahankan PN. 

“Ini bererti PAS mahu semua pihak bersama memperkasakan hubungan PAS dengan UMNO menerusi MN dan kita pertahankan kerajaan PN dengan parti yang lain.

“PAS kekal dengan pendirian berkenaan sehingga ke tahap ini, itu yang selalu disebut oleh Presiden PAS,” katanya pada sidang media di sini, hari ini. 

Sementara itu, mengulas khabar angin perpecahan dalam PAS, Mohd Khairuddin yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi berkata, parti berkenaan sangat walak dengan presiden parti.


“PAS ini parti yang hebat tarbiahnya, walak pada presiden. Tiada perpecahan dalam menguruskan parti dan kita akan bergerak cergas untuk menang PRU akan datang,” katanya.

Sebelum ini, tular di media sosial yang mengaitkan PAS berdepan perpecahan dalaman parti susulan kewujudan dua kumpulan dengan Geng Publika dikatakan pro Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), manakala Geng Ustaz yang memihak kepada UMNO dan dikatakan cuba menukar kepemimpinan Abdul Hadi.

Geng Publika dikatakan terdiri daripada Naib Presiden PAS, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, manakala Geng Ustaz pula dikatakan membabitkan Mohd Khairuddin yang juga Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz. – BH Online

Kategori