Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Caj Naik Galak Pengangkutan...

KUALA LUMPUR - Langkah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menaikkan kadar caj parkir...

Pengurus TNB Kota Bharu...

KOTA BHARU - Pengurus Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kota Bharu, Arman Che Othman...

Haliza Misbun Akui Rapat...

SUDAH lama rasanya kita tidak mendengarkan khabar berita daripada aktres dan produser jelita,...

50 Peratus Populasi Anjing...

KUCHING – Kira-kira 50 peratus daripada 200,000 populasi anjing telah diberi suntikan vaksin...

Pelabur Asing: Malaysia Jauh Tertinggal Di ASEAN

SEMALAM, Bank Dunia mengeluarkan laporan bahawa Malaysia semakin ketinggalan dalam rantau ASEAN dari segi pelaburan asing dan pembangunan.

Bank Dunia kata pelaburan asing ke Malaysia telah jatuh 58% pada tahun lepas manakala laporan United Nations pula kata kadar penurunan pelaburan asing ke Malaysia adalah sebanyak 68% iaitu paling corot di rantau ini.

Bank Dunia juga memberi amaran bahawa hasrat negara untuk mencapai tahap negara pendapatan tinggi dalam bahaya.

Sebelum PRU14, Bank Dunia pernah memberi unjuran bahawa Malaysia mampu capai tahap itu seawal tahun 2020.

“16 Dec 2017: World Bank: Malaysia to achieve high-income nation status as early as 2020”
https://www.thestar.com.my/news/nation/2017/12/16/world-bank-malaysia-high-income-status-by-2020/

Sebelum PRU14, Malaysia adalah antara negara dengan kadar pembangungan tertinggi serta penerima pelaburan asing tertinggi di rantau Asia dan kita semakin hampir dengan paras negara berpendapatan tinggi.


Sekarang pula kita antara paling corot dan semakin ketinggalan di ASEAN.

Saya bimbang bahawa prestasi Malaysia tahun 2021 ini juga akan ketinggalan lagi di belakang negara-negara jiran sebab kita satu-satunya negara dalam ASEAN dan dunia yang telah gantungkan perlembagaan dan demokrasi setelah kita mengisytiharkan darurat untuk tempoh lebih separuh tahun.

Pelabur domestik dan pelabur asing kurang gemar dengan situasi seperti ini.

“16 Mac 2021: Malaysia investment slump shows need for structural reforms: World Bank”
https://www.straitstimes.com/business/economy/malaysia-investment-slump-shows-need-for-structural-reforms-world-bank. – FB Najib Razak

Kategori