Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Mahkamah Benar Pakatan Harapan...

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan hari ini memperoleh kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman...

Saudi Benarkan Turki Periksa...

ANKARA - Arab Saudi bersetuju untuk membenarkan pihak berkuasa Turki memeriksa pejabat kedutaan...

Struktur Rasuk SUKE Jatuh,...

DUA pekerja pembinaan Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) dekat persimpangan Taman Kosas, Jalan...

Kes Denggi Di P.Pinang...

GEORGE TOWN - Kes demam denggi di Pulau Pinang mencatatkan penurunan sebanyak 18.2...

Perakam Punggung Wanita Dalam Pasar Raya Ditahan

SUNGAI PETANI – Pekerja pendawaian ditahan kerana disyaki merakam video punggung wanita menggunakan telefon bimbit di sebuah pasar raya, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, laporan polis dibuat oleh seorang wanita iaitu mangsa pertama berusia 28 tahun pada 9 malam hari kejadian.

Beliau berkata, mangsa memaklumkan dia mendapati seorang lelaki memerhatikan gerak-gerinya dan merakam gambar ke arahnya.

“Ketika itu, wanita terbabit bersama dua anaknya sedang memilih barangan dan rasa seperti ada orang di belakang, namun dia bersama suaminya memerhatikan dari jauh sebelum mendapati suspek merakam gambar punggung beberapa pelanggan wanita di situ,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Adzli berkata, selain itu, mangsa ternampak suspek turut menyelak kain seorang wanita menggunakan kakinya menyebabkan dia pergi ke arah suspek berusia 27 tahun dan merampas telefon bimbitnya.

Menurutnya, mangsa melihat beberapa video yang berjaya dirakam lelaki itu dan suspek mendakwa memadam video terbabit. 


“Mangsa memberitahu perkara itu kepada pengurusan pasar raya terbabit, manakala suaminya menghubungi polis sebelum suspek berjaya ditahan untuk siasatan.

“Polis turut menerima laporan daripada mangsa kedua yang juga suri rumah berusia 39 tahun berhubung kejadian dan siasatan mendapati suspek tiada rekod jenayah,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (AKK). – myMetro Online

Kategori