Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Najib Diminta Hadir Ke...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diminta hadir...

KPWKM Akan Laksana Aturan...

PUTRAJAYA - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan melaksanakan aturan kerja...

Berpisah Sejak 1976, Pengantin...

BESUT – Selepas hampir 40 tahun berpisah sebagai rakan sekolah, Awang Cucu Amin...

Polis Minta Lelaki Panjat...

IPOH - Polis meminta lelaki yang memanjat kren di sebuah tapak pembinaan di...

Peringatan Hari Polis Ke-214 Disambut Sederhana

KUALA LUMPUR – Bertemakan ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’ sambutan Peringatan Hari Polis ke-214 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di sini, hari ini, disambut dengan skala kecil berikutan penularan pandemik COVID-19.

Upacara perbarisan dan sambutan kali ini amat berbeza kerana diadakan dalam suasana mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara.

Bagaimanapun kemeriahan sambutan tetap dirasai apabila ia disambut penuh istiadat kepolisan dengan kehadiran Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Affendi Buang.

Sambutan dimulakan dengan pasukan kawalan kehormatan masuk ke dalam medan perbarisan sebelum panji-panji utama Polis Diraja Malaysia (PDRM) diarak masuk mengambil tempat.

Pada majlis ini Perdana Menteri turut menyampaikan sijil Anugerah Integriti Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi 2021 sebagai penghargaan dan pengiktirafan tertinggi kepada pegawai dan anggota polis serta kakitangan awam yang diperakui menunjukkan pencapaian integriti di tahap terbaik.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata pasukan PDRM kekal ampuh sebagai agensi penguat kuasa tertua dan terulung pada usianya yang genap mencapai 214 tahun pada hari ini.


“Apa yang pasti, kekuatan institusi kepolisan pada hari ini, terbina daripada jerih perih, keringat dan titisan darah rakan-rakan seperjuangan terdahulu yang berkorban nyawa demi mempertahankan negara.

“Keadaan keselamatan negara pada umumnya adalah baik dan terkawal, PDRM kekal komited dengan peranan dan tanggungjawabnya selari dengan kehendak Akta Polis 1967,” katanya dalam ucapan sempena sambutan Peringatan Hari Polis ke-214, di sini.

Abdul Hamid berkata enam teras yang termaktub di dalam Dasar Keselamatan dan Ketenteraman Awam Kementerian Dalam Negeri iaitu mempertahankan Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang, meningkatkan integriti, mengukuhkan kawalan sempadan, memelihara keselamatan dan ketenteraman awam, memerangi gejala dadah dan melindungi aset dan sasaran penting negara sentiasa didukung oleh PDRM dan dijadikan paksi dalam pelaksanaan tugas di lapangan. – BH Online

Kategori