Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

“Maaf Dan Terima Kasih...

"SAYA telah cuba sedaya upaya saya untuk memberikan yang terbaik untuk rakyat Malaysia." Demikian...

Kertas Putih Kesihatan Dibentang...

PETALING JAYA: Kertas Putih Kesihatan yang merupakan satu pelan reformasi sistem kesihatan di...

Kes Adam Adli: Mahkamah...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Majistret di sini menetapkan 29 Mac untuk mendengar bantahan...

Pasangan Dicekup Selepas Seminggu...

KUALA PILAH ā€“ Sepasang kekasih yang sebelum ini bertindak melarikan seutas gelang emas...

Pesakit COVID-19, PUI, PUS Akan Dipakai Peranti Pengesan

PUTRAJAYA – Pesakit COVID-19 yang menjalani kuarantin di kediaman atau di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC), akan dipakaikan peranti pengesanan dengan teknologi terkini.

Peruntukan baharu iaitu Seksyen 15A, antara lima peruntukan baharu dan lima peruntukan sedia ada dalam Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) yang dimasukkan dalam Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021, bakal berkuat kuasa bermula Khamis minggu depan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Bahagian Hal ehwal Undang-undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, dalam satu kenyataan media bersama, berkata peruntukan Seksyen 15A itu terpakai dalam pengawalan pergerakan orang yang dijangkiti atau mereka yang disyaki (PUI) dijangkiti penyakit berjangkit atau kontak kepada kes (PUS).

Katanya, seksyen itu memberi kuasa kepada pegawai untuk mengarahkan pesakit menjalani pengasingan bagi pengawasan dan pemerhatian.

Beliau berkata, pemakaian gelang tangan atau gelang pengawasan yang digunakan semasa wabak COVID-19 ini dikuatkuasakan mengikut peraturan 9(3) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No. 9) 2020.


“Bawah Ordinan ini, penalti akan dikenakan ke atas individu yang dipakaikan peranti pengesanan atau alat pengesanan ini sekiranya alat itu dimusnahkan, dirosakkan, dihilangkan atau diubah,” katanya. – BH Online

Berita lanjut menyusul

Kategori