Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Pemberian BR1M Tak Harus...

KUALA LUMPUR - Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak harus dieksploitasi oleh ahli...

Maksud Sebenar Nama Bandar...

SETIAP nama bandar memiliki maksud dan sejarah tersendiri termasuk nama-nama bandar popular di...

Hans Isaac Disenarai Pendek...

KUALA LUMPUR - Nama penerbit dan pelakon, Datuk Hans Isaac disenarai pendek sebagai...

Kapal ALMI SPIRIT Dinaiki...

JOHOR BAHARU - Sebuah kapal, MT ALMI SPIRIT dinaiki enam perompak di Selat...

Polis Nafi Saman Pemandu Pakai Cermin Mata Hitam

KUALA LUMPUR – Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman menafikan polis mengeluarkan saman kepada individu yang memakai cermin mata hitam ketika memandu.

Timbalan Pengarahnya, Datuk Mohd Nadzri Hussain menegaskan tiada peruntukan undang-undang menyatakan memakai cermin mata hitam atau gelap adalah satu kesalahan seperti yang didakwa dalam satu rakaman audio yang tular menerusi aplikasi WhatsApp.

“Antara kandungan mesej dalam audio yang tular berkenaan berbunyi ‘info kepada pemandu kereta atau lori yang memakai cermin mata gelap atau Ray-Ban tanpa masalah penglihatan yang melalui sekatan jalan raya, polis akan mengenakan saman sebanyak RM500 dan tiada kompaun’.

“Perakam suara ini turut menyatakan dirinya telah disaman atas kesalahan berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Sehubungan itu, beliau menggesa orang ramai agar menghentikan sebarang penyebaran mesej tidak benar dan sentiasa memastikan kesahihan sesuatu mesej tersebut sebelum dimuat naik atau dikongsi dalam laman sosial. – BERNAMA

Kategori