Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Suami Isteri Maut Kemalangan,...

DUNGUN - Enam beradik menjadi yatim piatu sekelip mata selepas ibu bapa mereka...

Wow… Black Hadiahkan Isteri...

SUAMI mana tak sayang isteri kan.. Orang kata kalau sayangkan isteri dan sentiasa...

64% Rakyat Filipina Sokong...

MANILA - Istana Malacanang gembira dengan hasil tinjauan baru-baru ini menunjukkan majoriti rakyat...

Mustafa Ali Akui PAS...

BATU PAHAT - Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mengakui parti itu di...

Polis Siasat Pelanggaran SOP Konvensyen DAP Perak

IPOH – Polis membuka siasatan berkaitan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada Konvensyen Biasa DAP Perak ke-19 di Pusat Konvensyen Ipoh, di sini, semalam. 

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz, berkata pihaknya mendapati tidak ada penjarakan sosial ketika berlaku kekecohan membabitkan ahli yang bertengkar pada majlis berkenaan.

Susulan itu, beliau berkata, siasatan dijalankan bagi mengumpul semua bukti berkaitan penganjuran dan kesalahan perlanggaran SOP yang berlaku ketika program berlangsung.

“Siasatan dibuka berdasarkan laporan polis yang diterima daripada Balai Polis Sungai Senam berkaitan kesalahan yang wujud dari sudut pelanggaran SOP PKPB ketika kekecohan berlaku,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Semalam, media melaporkan berlaku sedikit kekecohan ketika konvensyen yang dihadiri kira-kira 2,000 perwakilan itu berlangsung apabila wujud dakwaan pengundi hantu bagi memilih Jawatankuasa DAP Negeri.


Seorang perwakilan yang terbabit dalam kekecohan itu mendakwa ia disebabkan tempoh mendaftar pengundian dilanjutkan melebihi masa sepatutnya apabila daftar pemilih yang tamat pada jam 10 pagi dilanjutkan sehingga jam 12 tengah hari.

Gambar kekecohan itu menjadi viral di media sosial kerana tiada penjarakan sosial ketika berlaku kejadian tarik menarik antara ahli DAP, bercakap tanpa memakai pelitup muka, selain mereka dikatakan duduk berdekatan sepanjang program berlangsung.

Susulan itu, ada pihak mahu polis mengambil tindakan kerana penganjur gagal mematuhi SOP ditetapkan. – BH Online

Kategori