Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tindakan Sazali Mahu Rujuk...

KUALA LUMPUR - Bekas jaguh bina badan negara, Datuk Malek Noor menyifatkan tindakan...

Najib Tak Lapor Polis...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah...

Anjur Olimpik Tak Realistik,...

RIO DE JANEIRO - Membida untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik bukanlah suatu...

Kecoh Gambar Tun M...

MENCETUSKAN persoalan apabila gambar Tun Dr Mahathir Mohammad di dalam barisan Perdana Menteri...

Puad Akan Tuntut Ganti Rugi Daripada Perdana Menteri

DALAM kenyataan medianya ekoran keputusan Mahkamah Tinggi semalam (Jumaat), Puad menjelaskan bahawa permohonannya untuk mengenepikan ex parte interim injunksi yang diperolehi oleh Perdana Menteri masih belum didengar.

Sekiranya permohonan beliau untuk mengenepikan perintah ex parte interim injunksi dibenarkan, maka Puad akan menuntut haknya untuk ganti rugi sepertimana akujanji yang diberikan oleh Tan Sri Muhyiddin Bin Haji Muhammad Yassin.

Kenyataan media Puad Zarkashi itu disiarkan sepenuhnya dalam facebook beliau pagi ini.

Jelas Puad, semalam terdapat dua (2) permohonan dihadapan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur iaitu permohonan Puad untuk mengenepikan perintah ex parte interim injunksi dan permohonan Tan Sri Muhyiddin Bin Haji Muhammad Yassin untuk inter parte interim injunksi.

Pada hari ini juga, peguam Tan Sri Muhyiddin Bin Haji Muhammad Yassin telah memohon satu perintah ad interim injunksi atas alasan untuk menjawab kepada afidavit Puad Zarkashi.


Menurut Puad dia telah dinasihatkan oleh peguamnya bahawa permohonan ad interim injunksi adalah satu perkara yang lazim yang terpakai dalam prosiding berkaitan ex parte interim injunksi dan inter parte interim injunksi.

Perkara utama dalam ad interim injunksi adalah untuk mengekalkan status quo ex parte interim injunksi. Oleh dua sebab di atas, Puad telah mengarahkan peguamnya untuk tidak membantah permohonan peguam Tan Sri Muhyiddin Bin Haji Muhammad Yassin.

Justeru Yang Arif Hakim telah membenarkan permohonan Plaintif dan menetapkan semula pendengaran permohonan kedua-dua pihak pada 24.05.2021.

Kategori