Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Keguguran, Leez Rosli Dan...

TAKZIAH diucapkan kepada pelakon Leez Rosli dan suami, Aepul Drama Band yang terpaksa...

3 Lagi Pegawai TNB...

KOTA BAHARU - Tiga lagi pegawai Tenaga Nasional Berhad (TNB) ditahan reman tujuh...

Mayat Lelaki Myanmar Ditemui...

GEORGE TOWN - Mayat seorang lelaki rakyat Myanmar ditemui terbaring di tepi jalan...

Kertas Siasatan Rakam Bawah...

KUALA LUMPUR - Kertas siasatan melibatkan bekas pegawai Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk...

Puad Minta YB Santhara Jawab Soalan YB Pasir Gudang

DALAM facebook terbarunya, ahli MKT UMNO minta YB Edmund Santhara ahli Parlimen Segamat menjawab dakwaan YB Hassan Karim dari Pasir Gudang apakah benar dia ada status PR (penduduk tetap) New Zealand.

Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, apakah isu PR itu yang menyebabkan YB Santhara masih tidak balik ke Malaysia?

Dalam tulisan YB Hassan Karim yang disiarkan oleh Malaysiakini, dia bertanya “Jika benar Edmund Santhara ada PR New Zealand, adakah dia terpaksa bermastautin setiap tahun di sana dalam tempoh tertentu untuk mengekalkan status PR itu?”

Menurut Puad kalau pertanyaan Hassan Karim itu benar, nampaknya Santhara lebih mengutamakan taraf penduduk tetapnya (PR) lebih penting daripada tugas wakil rakyat di Segamat.

Sebab itu dia tidak balik dan masih disana untuk memenuhi syarat tempoh permastautin.


Puad juga berpandangan kalau taraf PR adalah punca YB Santhara mengambil cuti panjang dan tidak balik balik walaupun menjadi isu panas maka ia boleh menimbulkan persepsi negatif bahawa kerajaan adalah bersubahat.

Justeru Puad mencadangkan supaya Perdana Menteri wajar menyiasat isu tersebut. Bahkan mengarahkan Timbalan Menteri itu balik segera ke Malaysia.

Kategori