Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Lima Tahun Pasca Gempa...

PADA Jumaat, 11 Mac 2016, Jepun memperingati ulang tahun kelima tragedi gempa bumi...

DAP Berhasrat Bertanding PRK...

GEORGE TOWN - DAP berhasrat untuk bertanding bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands memandangkan...

1 Maut, 4 Parah...

BESUT - Seorang terbunuh dan empat yang lain cedera parah apabila Proton Wira...

Tadika Perpaduan Perlu Dijenamakan...

PUTRAJAYA - Taman Bimbingan Kanak- Kanak (Tabika) Perpaduan perlu dijenamakan semula untuk terus...

Reka Teemor, Pembantu Peribadi Neelofa Beri Keterangan

KUALA LUMPUR – Pengasas Reka Teemor, Faiz Sabari enggan membuat sebarang penjelasan berhubung majlis perkahwinan Neelofa, 32, dan pendakwah bebas, Haris Ismail atau PU Riz, 26, yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) di sebuah hotel, Sabtu lalu.

Bagaimanapun, Faiz sempat memberikan jawapan ringkas ketika diasak media sejurus keluar dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, petang ini.

“Keterangan semua okay. Tiada apa nak cakap,” katanya selepas hampir dua jam memberi keterangan kepada pihak polis.

Faiz ditemani isterinya, Rozana Mumtaz yang juga pengurus majlis perkahwinan pasangan selebriti yang berlangsung di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.

Mereka tiba di IPD Dang Wangi pada jam 11.40 pagi dan dilihat keluar dua jam kemudian kira-kira jam 1.40 petang.

Sementara itu, pembantu peribadi, Neelofa iaitu Nadiah Khairuddin juga enggan mengulas.


Nadiah dipercayai ditemani peguam tidak memberikan sepatah kata dan berlalu tanpa menghiraukan media. Nadiah dilihat meninggalkan IPD Dang Wangi pada jam 2 petang. 

Pasangan kontroversi, Neelofa dan PU Riz sekali lagi mencuri perhatian apabila beberapa gambar merentas negeri untuk berbulan madu di Langkawi, tular, sejak semalam.

Menerusi gambar tersebar, Neelofa dan suaminya dilihat berada di lapangan terbang serta dalam penerbangan dipercayai menuju ke pulau peranginan itu. – BH Online

Kategori