Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

TM Rugi RM233,800 Akibat...

MELAKA - Telekom Malaysia Berhad (TM) mengalami kerugian sebanyak RM233,800 akibat kecurian kabel...

Perkeso Kedah Beri Amaran...

JITRA - Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kedah mengingatkan majikan yang belum mendaftar dengan...

Suspek Kes Bunuh Ditahan...

Seorang wanita maut berlumuran darah akibat lima tikaman termasuk di belakang leher dalam...

Finas Sediakan Studio Merdeka...

KUALA LUMPUR: Susulan banjir yang melanda Lembah Kelang, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia...

Rentas Dari Selangor, KL Ke Putrajaya Masih Tak Dibenar

KUALA LUMPUR – Pergerakan rentas di antara Selangor dan Kuala Lumpur yang bertukar status dari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kepada Perintah Pergerakan Kawalan Bersyarat (PKPB) adalah dibenarkan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bagaimanapun berkata pergerakan dari dua negeri berkenaan ke Putrajaya, tidak dibenarkan.

“Seperti yang dilaksanakan sewaktu PKPB 1.0, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah dianggap satu zon. Pergerakan rentas antara Selangor ke Kuala Lumpur adalah dibenarkan.

“Bagaimanapun pergerakan dari Selangor atau Kuala Lumpur ke Putrajaya masih tidak dibenarkan kerana Putrajaya berstatus Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Ini bagi melindungi Putrajaya daripada penularan COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan.

Ismail Sabri berkata, pergerakan dari Selangor atau Kuala Lumpur ke Putrajaya masih memerlukan kebenaran polis kecuali bagi mereka yang bekerja dan mempunyai surat majikan.


Pada sidang media petang tadi, beliau mengumumkan Selangor, Kuala Lumpur dan dua lagi negeri iaitu Johor dan Pulau Pinang ditukar status daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kepada PKPB.

Negeri lain iaitu Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Sarawak dan Perak kekal di bawah PKPB manakala Melaka, Pahang, Terengganu, Sabah, Putrajaya dan Labuan ditukar status kepada Peringkat Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Pelaksanaan PKPB dan PKPP bagi negeri berkenaan berkuat kuasa 5 Mac hingga 18 Mac ini kecuali Sarawak bermula 2 Mac hingga 15 Mac ini. – BH Online

Kategori