Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Guna Susu Badan Untuk...

SEORANG ibu telah mengejutkan ramai apabila dia mendedahkan telah menggunakan susu badan untuk...

Seleweng Pinjaman Mara, 5...

PUTRAJAYA - Lima ahli perniagaan direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu...

Tentera Filipina Jumpa Mayat...

MANILA - Tentera Filipina semalam menemui mayat tebusan Jerman yang dipenggal militan Islam...

Calon Presiden Brazil Maut...

SANTOS - Calon presiden Brazil, Eduardo Campos maut apabila jet yang dinaikinya untuk...

Rentas Negeri Sambut Aidilfitri, Bergantung Penilaian KKM

KUALA LUMPUR – Keputusan sama ada membenarkan rentas negeri untuk pulang ke kampung menyambut Aidilfitri bergantung kepada penilaian risiko Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebelum keputusan dibuat akan ada penilaian risiko oleh KKM dan kebenaran pulang ke kampung itu akan diputuskan selepas menerima nasihat KKM.

Menurutnya, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mungkin ada memberi gambaran mengenai kemungkinan kebenaran merentas negeri pulang ke kampung menyambut Aidilfitri, tetapi akhirnya sidang khas yang akan memutuskannya.

“Cadangan itu dari KKM dan jika mereka (KKM) benarkan maka mesyuarat akan memutuskannya nanti.

“Saya tahu ramai yang berdoa setiap malam untuk dapat balik ke kampung tetapi kita akan lihat dahulu kajian daripada KKM,” katanya pada sidang media harian Covid-19, di sini, hari ini.


Sebelum ini Muhyiddin dilaporkan berkata, kerajaan akan meneliti kebenaran untuk pergerakan rentas negeri menjelang Aidilfitri yang disambut pertengahan Mei depan.

Katanya, keputusan akhir sama ada rentas negeri dibenar atau tidak bagi menyambut Hari Raya bergantung kepada situasi semasa kes harian Covid-19. – myMetro Online

Kategori