Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Adenan Sedia Timbang Lanjut...

KUCHING - Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem sedia mempertimbangkan untuk melanjutkan tempoh...

Denggi: Kenal Pasti Pemilik...

MARANG - Kawasan rumah dan tanah terbiar di Terengganu dikenal pasti antara lokasi...

65 Maut Serangan Pengebom...

LAHORE - Sekurang-kurangnya 65 maut manakala beratus lagi cedera yang kebanyakannya kanak-kanak apabila...

Taiping Daerah Ketiga Dilanda...

IPOH - Taiping menjadi daerah baharu dilanda banjir di Perak selepas Manjung dan...

Suspek Ditahan Polis Rakan Sekerja Nik Khatijah

KAJANG – Lelaki berusia 57 tahun yang ditahan polis bagi membantu siasatan kes bunuh Pengurus Jabatan Advokasi Pertubuhan Ikram Malaysia, Nik Khatijah Nik Mud adalah rakan sekerja mangsa. 

Sumber memberitahu Harian Metro, lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan selepas mayat Nik Khatijah, 32, ditemukan dalam keadaan leher dijerut di rumah sewanya di Taman Bangi, di sini, semalam. 

Sumber sama bagaimanapun tidak menjelaskan pembabitan rakan sekerja Nik Khatijah dalam insiden pembunuhan itu.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan. Beri ruang kepada pihak berkuasa melakukan siasatan,” katanya. 

Terdahulu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Fadzil Ahmat memaklumkan, lelaki terbabit ditahan di sekitar daerah ini jam 8.45 malam tadi.

Menurutnya, suspek direman selama enam hari bermula hari ini hingga 9 Mac ini membantu siasatan kes berkenaan yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 

Semalam, Harian Metro melaporkan penemuan mayat Nik Khatijah yang ditemukan dalam keadaan lehernya dijerut di bilik ampaian baju di tingkat bawah rumah teres dua tingkat itu. 


Ketika ditemui, mayat Nik Khatijah lengkap berpakaian.

Penemuan mayat itu dilakukan rakan sekerja mangsa yang dilaporkan bertemu pemilik rumah berkenaan untuk mendapatkan kunci rumah selepas mereka gagal mencari atau menghubungi Nik Khatijah.

Rakan Nik Khatijah kemudiannya membuat laporan polis berhubung penemuan mayat berkenaan.

Untuk rekod, kereta milik Nik Khatijah tidak ditemukan di kawasan rumah sebaliknya dijumpai di parkir stesen minyak di Jalan Reko, Sentral 1, di sini, lebih 1 kilometer dari lokasi kejadian.

Nik Khatijah, adalah bekas pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang berkhidmat di Ibu Pejabat Ikram sejak 2013 sebagai eksekutif Jabatan Wanita dan kini sebagai Pengurus Jabatan Advokasi. – myMetro Online

Kategori