Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kubur Islam Singapura Bakal...

SINGAPURA - Kerja pembesaran pangkalan tentera udara bakal menyaksikan ribuan kubur jenazah Muslim...

Ops Tidak Puasa: “Insaflah…...

LELAKI berusia 70 tahun memberi alasan muntah pada sebelah pagi menyebabkan dia tidak...

Piagam UMNO, PAS Bukan...

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan piagam...

Evolusi Street Wear: Bangkok...

DALAM evolusi street wear - Bangkok bukan sedahsyat Tokyo. Tokyo - ibu kota...

Tweet Pertama Dijual RM12 Juta

SAN FRANCISCO – Tweet pertama dimuat naik di Twitter dijual pada harga AS$2.9 juta (kira-kira RM12 juta).

Hantaran just setting up my twttr (baru selesai membuka akaun Twitter saya) itu dimuat naik Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Twitter, Jack Dorsey, pada 21 Mac 2006.

Ia dijual kepada seorang CEO syarikat yang berpangkalan di Malaysia selepas tweet itu dilelong bagi tujuan amal. 

BBC melaporkan, pembeli yang berpangkalan di Malaysia dan dikenali sebagai Sina Estavi itu menganggap pembelian tweet itu seperti membeli lukisan Mona Lisa.

Ia dibeli menggunakan mata wang kripto ether yang menjadi saingan kepada bitcoin.

Tweet itu dijual sebagai token non-fungible (NFT) kepada Sina Estavi yang juga ketua eksekutif teknologi Bridge Oracle.

NFT adalah sijil digital unik yang menyatakan siapa yang ada foto, video atau sebarang bentuk media dalam talian lain. 

Setiap NFT adalah unik dan menjadikannya tidak dapat ditiru. 


NFT menjadi sangat popular tahun ini, dengan karya seni digital yang mahal juga dijual dengan cara sama.

Dorsey mengatakan dia menukar wang kripto itu menjadi bitcoin dan kemudian menyumbangkannya ke dana Give Directly’s Africa Response.

“Ini bukan sekadar tweet!” Estavi menyiarkan di Twitter. 

“Saya fikir bertahun-tahun kemudian orang menyedari nilai sebenar tweet ini, seperti lukisan Mona Lisa.”

Tweet ringkas Dorsey dijual melalui lelongan di platform dalam talian bernama Valuables, yang dimiliki syarikat berpusat di Amerika Syarikat, Cent.

Di bawah peraturan platform berkenaan, Dorsey menerima 95 peratus daripada hasil penjualan utama, sementara Cent menerima lima peratus. – Agensi

Kategori