Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

“Kalau TMJ Tak Dedah,...

KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki...

Cerita Sebenar Dihalau Dari...

BARU kelmarin tular di media sosial cerita mengenai sekumpulan penari kebudayaan yang kononnya...

Tiada Kematian, Hanya Kemalangan...

LAMAN sosial hari ini dipenuhi dengan gambar sadis beberapa pekerja yang dikatakan dihempap kontena...

Kabus Tebal Landa Wilayah...

HARBIN - Gelombang sejuk dan kabus tebal melanda daerah Mohe yang juga dikenali...

UMNO Johor Mohon Kuasa Autonomi

KUALA LUMPUR – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor Datuk Ir Hasni Mohammad meminta agar pusat membenarkan Johor diberikan kuasa autonomi dalam menentukan strategi politik sama seperti yang dipohon oleh Pahang.

Katanya, ini bagi memastikan mereka dapat merangka strategik agar parti mampu memenangi pilihan raya umum (PRU) akan datang termasuk di kawasan pemimpin tertinggi kerajaan.

“Datuk Seri Presiden… berilah kami autonomi kerana di kawasan Parlimen perdana menteri sokongan untuk Perikatan Nasional adalah 19.8%. Sokongan Barisan Nasional (BN) adalah 24.4% sementara sokongan Muafakat Nasional pula adalah sebanyak 37.1%.

“Saya dah membentangkan pendapat dan pandangan UMNO Johor bahawa kita inginkan bertanding di semua 26 kerusi di Johor. Keputusan Badan Perhubungan UMNO Negeri ialah bertanding semua kerusi melainkan Pagoh kerana kita menghormati perdana menteri, maka itu keputusan dibuat. UMNO Pagoh tidak izinkan walaupun perdana menteri nak bertanding tanpa sebarang pertandingan dari UMNO. …kajian daripada badan perhubungan menyatakan bahawa Melayu di Johor yang menyokong Perikatan Nasional hanyalah 26%…

“Sebab itu saya katakan tadi beri autonomi kepada Johor. Biar kami rancang cara dan bagaimana untuk kita lemahkan PPBM di Johor ini, Kerana Pengerusinya itu adalah perdana menteri yang akan bawa segala bentuk kekuatan, keupayaan yang ada untuk memastikan bahawa beliau dan partinya terus berkuasa di negara ini. Jadi bagilah tanggungjawab kepada kami untuk memikul tugas dan amanah itu,” katanya ketika berbahas usul ucapan dasar presiden di Perhimpunan Agung UMNO 2020 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) di sini petang tadi.


Begitu juga mengenai kuota bagi pembahagian kerusi di negeri tersebut, ujar Hasni yang juga Menteri Besar Johor.

“Janganlah ada kuota-kuota ini, hendak menghadapi pilihan raya walaupun kita ada rakan komponen dan sebagainya, janganlah kita amalkan lagi kuota-kuota dalam menentukan berapa untuk komponen berapa untuk parti.

“Kalau benar kita parti yang dominan, besar perancangan dan strategi kita adalah berdasarkan data dan sains. Kita merujuk kepada data-data yang ada yang tidak boleh ditolak, dinafikan oleh parti-parti komponen dalam Barisan Nasional,” ujarnya. – UMNO ONLINE

Kategori