Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Hamil Usia 40-an Bukan...

SELEPAS pulang dari mengerjakan umrah pada Februari lalu, Sharifah Shahirah atau lebih dikenali...

Pusat Perubatan Prince Court...

Kuala Lumpur – Selepas peristiwa gempa bumi dahsyat yang berlaku di Turkiye dan...

Zahid Terima Kunjungan Hormat...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari...

10 Pemandu Bas Ekspres...

KUALA LUMPUR - Seorang wanita antara 10 pemandu bas ekspres yang dikesan positif...

Young Syefura Antara 8 Individu Dipanggil Polis

KUALA LUMPUR – Lapan individu sudah dipanggil pihak polis untuk diambil keterangan berhubung perhimpunan membantah keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkaitan undi 18 tahun di Jalan Parlimen, di sini, Sabtu lalu.

Antara yang dipanggil adalah Aktivis Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Amir Abdul Hadi; Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM), Sharan Raj; Ahli Jawatankuasa Pemuda Sosialis PSM, Arveent Kathirtchelvan; Ketua Pemuda Amanah, Shazni Munir Mohd Ithnin; Ketua Pemuda Dap, Howard Lee; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ketari, Young Syefura serta Naib Presiden PKR, Tian Chua dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, pihaknya akan memanggil beberapa individu lagi untuk diambil keterangan berhubung perkara itu.

“Masih ada beberapa lagi individu lain akan dipanggil untuk membantu siasatan.

“Kami juga sedang menunggu siasatan lengkap sama ada akan mengenakan tindakan kompaun ke atas mereka yang terbabit dalam himpunan berkenaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.


Sebelum ini, Mohamad Zainal dilaporkan berkata, pihaknya menjalankan siasatan membabitkan himpunan sekumpulan individu dari Pakatan Harapan (PH) dan badan bukan kerajaan (NGO) yang berarak dari Padang Merbok menuju ke Jalan Parlimen.

Beliau dipetik berkata, siasatan dibuat mengikut Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012 iaitu mengadakan perhimpunan tanpa notis.

“Siasatan turut dijalankan mengikut Peraturan 11, Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No.4) 2021 iaitu apa-apa aktiviti dengan kehadiran yang ramai di suatu tempat sehingga menyukarkan untuk melaksanakan penjarakan sosial dan pematuhan kepada arahan Ketua Pengarah Kesihatan,” katanya dipetik. – myMetro Online

Kategori