PAGI semalam peguambela DS Najib serah affidavit di Mahkamah. Mereka mohon agar Kerajaan dan Pendakwaraya serah maklumat yang mereka ada mengenai keluarga Zeti menerima dana dari Jho Low.
Baca di sini https://www.malaysiakini.com/news/567830
Affidavit itu juga menuntut penjelasan kenapa maklumat keluarga Zeti itu disembunyikan dari pengetahuan peguambea Najib semasa perbicaraan.
Maklumat ini terbongkar bila suami dan dua anak Zeti didakwa di Singapura kerana jenayah AMLA.
Dalam affidavit tersebut disertakan juga surat pengesahan daripada peguam keluarga Zeti yang menjadi saksi bila keluarga Zeti tanda tangani akuan bersumpah itu.
Dengan kontroversi familinya di samping dividen ASB yang rendah, Zeti wajar ambil cuti tanpa gaji.
Sepatutnya dari awal lagi Zeti letak jawatan. Baru ada integriti dan maruah diri.
Mohd Puad Zarkashi