Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Media Asia Perlu Tumpu...

CYBERJAYA - Syarikat media Asia perlu memberi tumpuan kepada isu yang berteraskan rakyat...

Hampir 70 Peratus Kluster...

PETALING JAYA - Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata...

“Saya Tidak Letak Jawatan”...

"SAYA tidak letak jawatan. Ahli daripada kerajaan mungkin tidak faham Perlembagaan kita, apabila...

Akhirnya Syamsul Yusof Mengaku...

Kuala Lumpur : Pengarah popular, Syamsul Yusof, 39, akhirnya mengesahkan dia sudah bernikah...

1,070 Kes Baharu Covid-19, 7 Kematian, 1,294 Sembuh

KUALA LUMPUR – Sejumlah 1,070 kes baharu Covid-19 dicatatkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia membabitkan 1,061 kes tempatan iaitu 904 warga negara dan 157 bukan warga negara dengan keseluruhan kes sebanyak 352,029 kes.

Katanya, sejumlah 1,294 kes sembuh direkodkan menjadikan jumlah kes sembuh keseluruhan 336,456 kes.

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 327 kes.

Daripada jumlah ini, sebanyak 248 kes adalah daripada kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan. 

“Ini diikuti Sarawak sebanyak 225 kes dan Pulau Pinang sebanyak 133 kes,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


Beliau berkata, tujuh kes kematian dicatatkan pada hari ini dengan jumlah keseluruhan 1,295 kes kumulatif. 

Menurutnya, semua kes kematian itu membabitkan warga negara Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

Katanya, sebanyak 180 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) termasuk 89 kes memerlukan alat bantuan pernafasan. – myMetro Online

Kategori