Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Clare Sarawak Report Bakal...

LONDON - Usaha Penasihat Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao membuat...

Jenazah 4 Remaja Ditemui...

JOHOR BAHRU - Jenazah empat remaja yang ditemui mati di dalam kereta di...

Beberapa Laluan Lebuh Raya...

KUALA LUMPUR: Beberapa laluan lebuh raya di Lembah Klang terhalang sejak tengah hari...

Tiga Beradik Maut MPV...

KUANTAN - Tiga beradik maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka terbabas...

14 Anggota Geng Nicky Dituduh Di Mahkamah

PETALING JAYA – Seramai 14 anggota Geng Nicky tiba di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya di sini, hari ini untuk menghadapi pertuduhan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Terdahulu semua suspek tiba di perkarangan mahkamah jam 7.30 pagi dengan kawalan ketat.

Semua suspek termasuk lima wanita yang bergari kemudian dibawa masuk ke bangunan mahkamah.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, semalam memaklumkan seramai 16 anggota Geng Nicky akan dituduh mengikut SOSMA hari ini berikutan pembabitan mereka di dalam satu kumpulan jenayah terancang.

Minggu lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dilaporkan berkata, seramai 118 individu ditahan menerusi 70 serbuan dalam Operasi Pelican 3.0 yang dilakukan bagi mengesan dan menahan anggota kumpulan Geng Nicky pada 20 hingga 28 Mac lalu.


Bagaimanapun, dalang utama yang juga Pengasas Winner Dynasty, Nicky Liow Soon Hee 33, dipercayai mendapat maklumat mengenai operasi yang bakal dibuat pada 20 Mac lalu itu daripada pegawai dan anggota polis serta agensi penguat kuasa lain yang berada dalam kawalannya, termasuk seorang bekas timbalan pendakwa raya.

Nicky Liow berjaya melarikan diri dan kini dalam buruan polis.

Abdul Hamid juga dipetik sebagai berkata, antara individu yang ditahan berkenaan adalah dua adik kepada Nicky Liow, masing-masing bergelar Datuk Seri serta Datuk berusia 28 dan 30 tahun, selain seorang lagi Datuk Seri bersama lima Datuk lain. – BH Online

Kategori