Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Wartawan Jepun Diculik Selamat...

TOKYO - Wartawan Jepun yang diculik di Syria lebih tiga tahun lalu selamat...

AirAsia Berkerjasama Dengan Interpol...

Bagi mencegah penyalahgunaan pasport palsu daripada terus berulang dalam kalangan penumpang pesawat, AirAsia Berhad mengatur...

Nelayan Diminta Waspada Turun...

KUALA TERENGGANU - Nelayan di kawasan pantai timur diingat supaya berhati-hati untuk turun...

Lewat Datang Latihan Kena...

ALOR SETAR - Mana-mana pemain Kedah lewat menghadiri latihan dikenakan hukuman denda iaitu...

1,854 Kes Baharu Covid-19, 5 Kematian, 1,247 Pulih

PUTRAJAYA – Kes harian positif Covid-19 terus melonjak dengan 1,854 kes baharu dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes adalah 357,607 kes.

“Terdapat 20 kes import dan 1,834 kes penularan dalam negara membabitkan 1,618 rakyat tempatan dan 216 warga asing,” katanya.

Menurutnya, terdapat 14,805 kes aktif di seluruh negara dengan 169 dirawat di unit rawatan rapi.

“Seramai 79 pesakit Covid-19 memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, KKM menerima lima kematian berkaitan Covid-19 melibatkan empat rakyat tempatan dan seorang warga asing.

“Kes kematian dilaporkan di Selangor, Sarawak dan Sabah,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian 1,313 kes.

“Pesakit-pesakit tersebut mempunyai latar belakang penyakit lain,” katanya.


Menurutnya, kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 adalah 1,247 sekali gus menjadikan jumlah kumulatifnya 341,489.

Mengulas lanjut mengenai penularan dalam negara, beliau berkata, Sarawak menjadi negeri tertinggi melaporkan kes iaitu 555.

“Daripada jumlah ini, sebanyak 417 kes adalah daripada kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

“Selangor melaporkan 403 kes diikuti Pulau Pinang (176) dan Kelantan (143),” katanya.

Katanya, Sabah merekodkan 139 kes, Kuala Lumpur (135) dan Johor (103).

“Negeri Sembilan (40), Kedah (40), Melaka (34), Perak (29), Terengganu (29), Putrajaya (enam) dan Labuan (tiga).

“Sementara Perlis tidak melaporkan sebarang pertambahan,” katanya. – Sinar Harian

Kategori