KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 1,889 kes baharu Covid-19, hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu menjadikan kumulatif kes positif di Malaysia sebanyak 365,829 setakat ini.
Menurutnya, Selangor kembali pada kedudukan pertama kes positif tertinggi hari ini dengan 517 kes direkodkan diikuti Sarawak sebanyak 489 kes.
“Kes positif di Kelantan juga menunjukkan peningkatan dengan 226 kes diikuti Sabah sebanyak 142 kes.
“Perlis yang tiada kes baharu semalam kembali merekodkan dengan tiga kes,” katanya hari ini.
Katanya, Kuala Lumpur merekodkan 134 kes, Johor (84), Pulau Pinang (92), Negeri Sembilan (51) dan Perak (56).
Selain itu, Dr Noor Hisham berkata, Kedah merekodkan 53 kes baharu, Melaka (enam), Pahang, (13), Terengganu (14), Labuan (satu) dan Putrajaya (lapan). – myMetro Online