Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

LTTE: Mahkamah Tinggi Akan...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen hari ini membenarkan permohonan ADUN Gadek, G Saminathan...

Kes Azmin Berkaitan PKNS...

KUALA LUMPUR - Dakwaan salah laku rasuah Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali...

Video: Transformer Muslimah Kini...

'TRANSFORMER' Muslimah, patuh undang-undang syariah kini sudah mendarat di Malaysia dan Singapura. Bagaimanapun, transformer...

Terperangkap 3 Hari Dalam...

NEW YORK - Seorang wanita yang bekerja sebagai tukang cuci ditemui terperangkap selama...

3 Kampung Di Terengganu, 1 Di Sabah Kena PKPD

KUALA LUMPUR – Tiga kampung di Terengganu dan sebuah di Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula esok hingga 20 April ini susulan peningkatan kes positif Covid-19.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, di Terengganu, kawasan yang terlibat ialah Kampung Belaoh, Kampung PPRT Belaoh Baru dan Kampung Keruak di Mukim Hulu Besut manakala di Sabah ialah Kampung Murni C di Nabawan.

Beliau berkata, 58 ujian saringan dilaksanakan di ketiga-tiga lokaliti di Terengganu dan daripada jumlah itu, enam disahkan positif Covid-19 manakala di Sabah, 17 ujian saringan dilakukan yang merekodkan enam kes positif wabak tersebut.

Ismail Sabri berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga mengesahkan kadar kebolehjangkitan di kesemua lokaliti adalah tinggi.

“Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua penduduk serta mengawal pergerakan dan penularan jangkitan dalam komuniti,” menurutnya dalam kenyataan mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat dan PKP Pemulihan pada Selasa. – BERNAMA

Kategori