Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

4 Ditahan Bantu Siasatan...

KOTA BHARU : Lelaki yang maut ditembak di hadapan sebuah bengkel di Kampung...

Video: “Bang, Saya Dah...

"BANG, saya dah tengok dah," demikian reaksi seorang penumpang apabila pintu kereta yang...

Malaysia Akan Selesai Masalah...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata Malaysia bersedia untuk menyelesaikan...

SwiftKey Kini Diperkenalkan Untuk...

SwiftKey merupakan salah satu papan kekunci maya yang popular di Android untuk bertahun-tahun...

5 Individu Direman 6 Hari Kes Sindiket PLKS Palsu

SHAH ALAM – Lima individu termasuk seorang berpangkat Datuk direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes sindiket pengeluaran Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) palsu. 

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Fatina Amyra Abdul Jalil terhadap lima individu berusia antara 33 hingga 43 tahun.

Terdahulu, individu terbabit yang diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tiba di Mahkamah Shah Alam jam 9 pagi. 

Semalam, BH melaporkan sindiket pengeluaran PLKS tumpas dengan penahanan lima individu termasuk seorang berpangkat Datuk menerusi operasi besar-besaran.

Operasi SPRM dengan kerjasama Jabatan Imigresen (Imigresen) itu turut merungkai kegiatan sindiket itu yang menyebabkan ketirisan ratusan juta ringgit hasil kepada kerajaan yang sepatutnya diperoleh daripada levi pekerja asing.

Sumber dilaporkan berkata, semua individu berkenaan ditahan dalam operasi di 22 lokasi sekitar Kuala Lumpur sejak awal pagi tadi. Semua ditahan hasil risikan SPRM dan Imigresen sejak setahun lalu. – BH Online

Kategori