Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

“Saya Kesal Lindungi, Tak...

BARISAN Nasional tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) minggu lalu dan kejutan...

Penerbangan Ihsan APMM Untuk...

SERDANG - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melakukan penerbangan ihsan membawa bayi...

Formula Satu: Vettel Berundur...

SUZUKA - Juara dunia empat kali Formula Satu (F1), Sebastian Vettel akan berundur...

Hajat Mangsa Nahas Bas...

MUAR - Hajat V.Renugah untuk mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan tidak kesampaian...

7 Lagi Kluster Covid-19 Direkodkan

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti tujuh kluster baharu yang dilaporkan di Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Kelantan dan Pulau Pinang, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster baharu pertama dikenal pasti adalah Kluster Kampung Tengah Betong dilaporkan di Betong, Sarawak, yang dikesan melalui saringan individu bergejala dengan 15 kes dikesan positif. 

“Kluster kedua dikenal pasti adalah Kluster Sungai Rian yang dilaporkan di Meradong, Sarawak, hasil saringan bersasar membabitkan 48 kes dikesan positif dalam kluster ini. 

“Kluster ketiga dikenal pasti adalah Kluster Jalan Meranti yang dilaporkan di Hulu Selangor dan Gombak, Selangor, hasil saringan individu bergejala membabitkan sebuah majlis diadakan di Jalan Meranti 3A/14 Bandar Baru Batang Kali, Hulu Selangor pada 10 April lalu dengan sembilan kes dikesan positif,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Dr Noor Hisham berkata, satu lagi kluster dikenal pasti adalah Kluster Taman Dato Senu yang dilaporkan di Kepong dan Titiwangsa, Kuala Lumpur, hasil saringan individu bergejala membabitkan sebuah majlis sosial berlangsung di Sentul pada 10 April lalu dengan 12 kes dikesan positif. 

Beliau berkata, kluster kelima yang dikesan adalah Kluster Jalan Pasir Mas-Pohon Tanjung yang dilaporkan di Pasir Mas dan Tanah Merah, Kelantan, hasil saringan individu bergejala membabitkan kakitangan dan pelajar-pelajar sebuah pusat pendidikan di Jalan Pasir Mas-Pohon Tanjung, Pasir Mas, dengan 28 kes dikesan positif. 

“Kluster berikutnya yang dikenal pasti adalah Kluster Hala Kampung Jawa dilaporkan di Timur Laut, Barat Daya dan Seberang Perai Utara, Pulau Pinang, hasil saringan bersasar pekerja sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Bayan Lepas, Barat Daya dengan 23 kes dikesan positif.


“Kluster terakhir dikenal pasti adalah Kluster Jalan Padang Lallang yang dilaporkan di Seberang Perai Tengah, Pulai Pinang, hasil saringan individu bergejala membabitkan pelajar-pelajar sebuah sekolah di Jalan Padang Lallang, Bukit Mertajam dengan sembilan kes dikesan positif,” katanya. 

Katanya, sebanyak 1,541 kluster dilaporkan sehingga kini dengan 1,201 kluster dilaporkan tamat, setakat hari ini. 

“Terdapat tujuh kluster dilaporkan tamat hari ini termasuk Kluster Jalan Industri Sofa dan Kluster Andromeda menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah 340 kluster.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 67 kluster melaporkan pertambahan kes, hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Pulai Chondong (79 kes), Kluster Kampung Domis (51 kes) dan Kluster Sungai Rian (47 kes),” katanya. – myMetro Online

Kategori