Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Sabah Contoh Terbaik Gagasan...

TENOM - Cara masyarakat Sabah yang berbilang kaum dan kepercayaan menjalani kehidupan harian...

PPBM Perjuang Agenda Bumiputera...

PUTRAJAYA - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan memperjuangkan Agenda Bumiputera baharu yang...

Shafie Keluar UMNO Kerana...

KOTA KINABALU - Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman hari ini berkata...

Polis Tak Akan Dedah...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan mendedahkan senarai nama pegawai...

8 Negeri, Wilayah Mulakan Fasa Kedua Imunisasi

PUTRAJAYA – Lapan negeri dan wilayah akan memulakan fasa kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bermula 19 April ini. 

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, berkata negeri dan wilayah berkenaan ialah Kedah, Melaka, Pahang, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Terengganu dan Labuan. 

Beliau berkata, fasa kedua program imunisasi itu negeri lain pula akan dimulakan beberapa hari kemudian. 

“Janji temu yang kita sediakan untuk fasa kedua akan mula dihantar hari ini melalui aplikasi MySejahtera. Pemberitahuan akan dihantar sekurang-kurangnya 14 hari sebelum janji temu untuk pemberian vaksin.

“Peringatan akan dihantar kepada penerima vaksin tiga hari dan sehari sebelum janji temu, melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dan juga panggilan daripada pusat panggilan,” katanya pada sidang media mingguan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF), hari ini. 


Yang turut hadir, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba. 

Khairy berkata, kelewatan di beberapa negeri lain itu membabitkan kesediaan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan petugas kesihatan. – BH Online

Kategori