Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Pemain WTA Gembira Dampingi...

KUALA LUMPUR - Empat pemain Persatuan Tenis Wanita (WTA) gembira kerana berpeluang mendampingi...

Tol: Pengguna Guna Laluan...

PETALING JAYA - Kenaikan kadar tol menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan...

Speaker Dewan Rakyat Terima...

KUALA LUMPUR – Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof hari...

Nelayan Rugi RM80,000, Bot...

MELAKA - Tujuh nelayan kerugian kira-kira RM80,000 setelah bot, enjin dan beberapa peralatan...

Varian Baru Menular Akibat Kerajaan Turunkan Tempoh Kuarantin?

DARI FB NAJIB RAZAK

SEMALAM: KKM kenal pasti 17 kes mutasi Covid Afrika Selatan.

HARI INI: KKM kesan dua lagi kes mutasi UK B.1.1.7 menjadi jumlah 5 kes.

Kedua-dua mutasi Covid ini dikatakan berjangkit dengan kadar lebih laju dan mudah manakala vaksin sedia-ada dilapor kurang berkesan untuk varian Afrika Selatan berbanding varian lain.

Tidak dinyatakan dengan jelas jika mutasi UK sudah menular dalam komuniti.

Namun KKM kata 17 kes varian Afrika Selatan itu dikenalpasti adalah hasil penularan tempatan.

Katanya varian South African B.1.351 berkenaan terdapat dalam Kluster Jalan Lima di Daerah Hulu Langat dan Sepang Selangor (tiga kes); Kluster Kebun Baru, Kuala Langat, Selangor (sembilan kes); Kluster Teknologi Emas, Kuala Langat, Selangor (satu kes) dan saringan kontak rapat dengan satu kes.


Ini adalah berita yang membimbangkan.

Adakah kemasukan varian-varian baru sehingga sudah menular dalam komuniti tempatan ini akibat langkah kerajaan PN turunkan tempoh kuarantin mandatori bagi mereka yang pulang dari luar negara dari 14 hari ke 7 hingga 10 hari (3 hari bagi Menteri) pada ketika negara-negara lain sedang naikkan tempoh kuarantin.

Masa itu, saya telah beberapa kali membantah langkah kurangkan tempoh kuarantin pada ketika seluruh dunia bimbang dengan mutasi baru sebab saya berpendapat ianya langsung tidak masuk akal.

Sehingga hari ini, saya masih tak faham kenapa kerajaan dengan sengaja menambah risiko pada masa itu yang akhirnya membahayakan nyawa Rakyat.

“21 Dis 2020: Naikkan semula tempoh pengawasan kepada 14 hari: Najib”
https://www.sinarharian.com.my/article/115752/KHAS/Covid-19/Naikkan-semula-tempoh-pengawasan-kepada-14-hari-Najib

Kategori