BAB DS Najib dikenakan notis kebangkrapan ini sebenarnya menyebabkan saya sangat bimbang. No, saya tak bimbang pasal dia. Dia pernah hadapi masalah lebih besar daripada ini
Saya bimbang tentang negara kita. Tentang apa sebenarnya pandangan pelabur terutamanya tentang dasar percukaian kita. Dasar percukaian ini adalah salah satu faktor utama yang akan menarik atau menolak pelabur keluar.
Ramai yang kata, Najib masuk je lah court. Jangan sembang dalam FB sahaja. Tapi tahukah anda semua, memang isu cukai ini cuba diselesaikan di mahkamah. Untuk dibicarakan seadil-adilnya.
Malangnya, LHDN telah impose Seksyen 103 ACP 1967 ke atas DSN. Seksyen ini menyatakan bahawa apabila assessment cukai ini telah selesai di bawah seksyen 91(A), maka pembayar cukai mesti bayar jumlah cukai yang telah ditentukan tersebut tanpa mengira pembayar itu ada buat rayuan ataupun tidak
You see, seingat-ingat saya LHDN tidak pernah menggunakan seksyen ini pada mana-mana kes. Sama jugak macam seksyen yang memperuntukkan pertuduhan jenayah bagi individu yang tak hantar borang cukai (Seksyen 112). Tapi tak ada lagi orang masuk penjara.
Peruntukan kuasa itu ada. Cuma LHDN tak guna sebab isu duit ini lebih baik diuruskan melalui budi bicara. Ya lah, kalau orang tu bangkrap apabenda yang LHDN boleh dapat?
Dah tu buat apa seksyen itu wujud? Eh, dalam undang-undang sememangnya banyak peruntukan kuasa yang wujud bagi persediaan untuk unforseen future. Tapi bukan untuk tujuan politik, bukan untuk aniaya musuh.
Sebab itu mana ada ahli politik pembangkang zaman dulu yang kena pertuduhan seperti ini pada derma-derma yang pernah mereka terima?
Kenapa saya bimbang? Sebab isu ini sudah jadi isu antarabangsa. Apabila dasar cukai kita dilihat tidak konsisten dan apabila badan percukaian dilihat lebih berminat untuk membangkrapkan orang daripada berunding, pelabur mana yang berani datang?
Tak ada orang marah pun jika DSN dicukaikan. Tapi biarlah melalui saluran dan perbicaraan yang sewajarnya. Bukannya sampai ke tahap dilihat cuba membunuh maruah dan kehidupan manusia.
Ingatlah. الرضا بالظلم ظلم
Redha kepada kezaliman adalah satu lagi kezaliman.
Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Kuala Terengganu