KUALA LUMPUR – Kehadiran ahli baharu dalam keluarga penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, disambut gembira dan penuh rasa syukur anak-anak.
Anak ketiga Khalid, Asyraf Khalid, 28, teruja dengan kehadiran adik lelakinya yang dilahirkan pada jam 6.21 pagi tadi di sebuah pusat perubatan di Selangor.
Dihubungi BH Online, Asyraf memberitahu, dia dan isteri, Tya Arifin tiba di hospital kira-kira jam 6.40 pagi.Â
Biarpun tidak sempat bertemu Siti yang sudah berada dalam dewan pembedahan ketika itu, Asyraf bersyukur proses kelahiran lancar.
“Alhamdulillah, syukur kerana semuanya lancar. Apa yang penting, Mak Iti dan bayi sihat.Â
“Memang pada mulanya agak bimbang berikutan Mak Iti sudah berumur… Alhamdulillah semuanya elok.
“Sebagai abang, perasaan saya tentulah seronok kerana ada pertambahan ahli keluarga baharu.Â
“Lebih-lebih lagi, tidak lama kita akan meraikan Syawal, jadi kehadiran adik akan memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri,” katanya.
Berkongsi kegembiraan, Asyraf turut memuat naik foto wajah adik lelakinya di Instagram (IG), kira-kira empat jam lalu.
Asyraf menyifatkan bayi lelaki itu menjadi pelindung kepada adik perempuannya, Siti Aafiyah yang berusia tiga tahun dan ibu tirinya.
Asyraf menambah, dia dan tiga adik-beradik iaitu Muhd Anas Zawawi, Muhammad Adib dan Muhammad Aazief sentiasa ingat pesan ayah agar menjaga dua adik yang masih kecil.
“Tanggungjawab kami makin bertambah dengan kehadiran seorang lagi adik dalam keluarga.Â
“Ayah selalu berpesan dan mengingatkan kami agar menjaga kebajikan Aafiyah dan adik kerana ayah sudah berumur.
“Insya-Allah kami akan cuba menjalankan tanggungjawab sebagai abang dengan baik. Walaupun saya anak ketiga, namun, dengan adik-adik masih kecil, saya terasa diri seperti abang sulung pula.Â
“Saya akan cuba menjadi contoh yang baik buat adik-adik, jadi mereka ada seseorang untuk dijadikan rujukan.
“Saya harap adik dapat menjaga kakak dan Mak Iti kelak. Walaupun dia yang paling kecil, namun, sebagai anak lelaki, saya berharap dia dapat menjadi pelindung untuk ibu serta kakaknya,” katanya. – BH Online