Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Polis Tahan 5 Lelaki...

SHAH ALAM - Lima lelaki tidak sempat membelanjakan wang tebusan RM300,000 yang diperoleh...

Pelajar Kolej Mengaku Bersalah...

KUALA LUMPUR - Seorang pelajar kolej swasta hari ini mengaku bersalah di Mahkamah...

Ahmad Faizal Dipanggil Menghadap...

KUALA KANGSAR - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu masih belum...

6 Wanita Vietnam Ditahan...

ALOR SETAR - Imigresen Kedah menahan enam wanita warga Vietnam dalam Op Ikrar...

Bangsa Johor Jangan Terikut-Ikut Gejala Buruk ‘Kluster Politik’

BERKECAMUK keadaan politik negara. Siapa lawan siapa? Siapa kawan siapa? Siapa sokong siapa?

Sini serang sana, sana serang sini. Bila masa agaknya ahli politik memikirkan tentang rakyat?

Bangsa Johor jangan terikut-ikut gejala buruk ‘kluster politik’ ini. Terus bersatu padu.

Tidak usah berkelahi sesama sendiri demi kepentingan ahli politik yang berkepentingan ini.

Pemain politik biarkan dengan kepolitikan mereka. Mereka menang belum tentu rakyat senang.

Bangsa Johor terus kekal setia bersama Istana Johor. Mengapa Istana Johor?

Kerana sejarah mengabsahkan Istana Johor tidak pernah mengabaikan rakyatnya.

Walau dalam keadaan apa sekali pun hatta servis demi servis kerajaan bertukar tangan.

Pada waktu sekalian ahli politik sibuk ‘berperang’, menghitung kuasa dan kedudukan.

Istana Johor bertegas nasib Bangsa Johor jangan sesekali diperjudikan.

Kerana itu kita dapati Sultan Johor dengan selamba mengkritik ahli atau pimpinan politik dalam negara.

Mungkin pada hemat baginda rakyat Johor paling utama berbanding orang politik.

Ia disebalik Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sedar orang politik adalah pemegang kuasa eksekutif.

Baginda malah pernah memberi amaran untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Disebabkan perebutan kuasa dalam kalangan wakil rakyat di Johor pada tahun lalu.


Pada waktu sekalian ahli politik sibuk ‘berperang’, menghitung kuasa dan kedudukan untuk PRU15.

Istana Johor terus memberi bantuan demi bantuan kepada rakyat Johor.

Sumbangan demi sumbangan terus disalurkan kepada rakyat Johor yang memerlukan.

Maklumat ini boleh didapati di akaun Facebook Sultan Johor atau anakandanya.

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim juga bukan calang-calang.

Ramai jua ahli politik yang tidak ikhlas berkhidmat kepada rakyat ditegur atau dikritik baginda.

Terutama mereka yang hipokrit dan berwajah ‘plastik’ cuba memperbodohkan Bangsa Johor.

Ini bermakna tiada siapa dengan mudah boleh mengambil kesempatan ke atas rakyat Johor.

Begitu juga dalam perihal sukan bola sepak. Tunku Mahkota Johor sentiasa ada untuk penyokong JDT.

Walau apa cabaran dihadapi penyokong JDT di dalam atau di luar stadium, Tunku Ismail tetap ada mempertahankan.

Penulis masih ingat kisah TMJ berada bersama penyokong JDT di atas padang sebuah stadium kerana di kepung penyokong lawan yang merusuh.

Ketika itu Tunku Mahkota Johor bertitah tidak akan sesekali meninggalkan penyokong JDT sehingga mereka benar-benar selamat.

Ini mencerminkan betapa baginda mengambil berat tentang rakyatnya sehinggakan ke pentas sukan bola sepak. – Mynewshub.TV

Kategori