Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Ugutan Pengerusi NGO: Polis...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima tiga laporan mangsa berhubung aktiviti...

Jengka Green Bakal Ubah...

MARAN - Projek pembangunan Jengka Green yang meliputi kediaman jenis pangsapuri, hotel dan...

2018 Tahun Bertuah, Masdo...

TERDAHULU, kumpulan indie ini dikenali dengan nama The Lipstik, tetapi akibat rombakan ahli...

PH Perak Yakin Manifesto...

IPOH - Pakatan Harapan (PH) Perak yakin segala janji yang ditawarkan dalam manifesto...

Bekalan Vaksin COVID-19 Lebih Stabil Bermula Jun

KUALA LUMPUR – Malaysia dijangka akan mula menerima bekalan vaksin dengan lebih stabil dan mencukupi bermula Jun ini.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin, berkata bermula tempoh itu program vaksinasi secara besar-besaran bagi penduduk negara ini akan berjalan lancar.

Beliau berkata, kerajaan akan terus berusaha memastikan bekalan vaksin tiba dengan lebih cepat susulan jumlah penghantarannya ketika ini yang masih rendah.

“Buat masa ini, permintaan bagi vaksin mengatasi penawaran, namun apa yang paling penting data menunjukkan Malaysia akan mempunyai cukup bekalan bagi memastikan negara mencapai sasaran 80 peratus penduduk divaksin sebelum akhir tahun ini.

“Ia berdasarkan kepada portfolio sedia ada dan rancangan yang kita umumkan pada Februari. Saya tahu semua orang mahu mendapatkan vaksinasi COVID-19 dan pada masa sama, saya juga ingin menguruskan jangkaan dengan realiti ketersediaan vaksin ini.

“Sehubungan itu, sila jaga prosedur operasi standard (SOP) dan dalam tempoh beberapa bulan akan datang anda akan mendapat notifikasi dalam aplikasi MySejahtera atau melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) memaklumkan mengenai temujanji vaksinasi anda,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, ramai yang bertanya mengapa kadar vaksinasi negara ketika ini masih rendah dan bila individu yang sudah mendaftar pada Februari lalu akan mendapat temujanji


“Seperti yang diumumkan sebelum ini, program vaksinasi akan berjalan sehingga akhir tahun ini dan dilaksanakan mengikut fasa.

“Pada masa kini, kita sedang menyelesaikan fasa pertama membabitkan individu barisan hadapan. Minggu depan, kita akan memulakan fasa kedua membabitkan golongan berusia 60 tahun ke atas dan mereka yang mempunyai sakit kronik,” katanya.

Beliau sekali lagi memaklumkan, satu daripada punca bekalan vaksin masih rendah di negara ini adalah disebabkan negara kaya membolot pasaran vaksin COVID-19.

“Sesetengah negara kaya membeli vaksin untuk rakyatnya tiga hingga lima kali ganda lebih daripada mencukupi. Banyak syarikat farmaseutikal memberi keutamaan kepada mereka (negara kaya) atas sebab yang ketara.

“Sebab itu juga negara perlu menyeimbangkan portfolio vaksin untuk kita memasukkan Pfizer, AstraZeneca dan juga daripada bukan negara Barat seperti Sinovac dari China,” katanya. – BH Online

Kategori