Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

RUU355: Maklumat Tak Tepat...

JERANTUT - Sesetengah pemimpin politik yang menentang Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa...

Kenaikan Gaji Selari Inisiatif...

GUA MUSANG - Pelarasan gaji penjawat awam yang diumumkan semalam selari dengan inisiatif...

Terminal Bas Bakal Laksana...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pengangkutan sedang berusaha untuk memastikan semua terminal pengangkutan bas...

Video Lucah: Azmin Belum...

SHAH ALAM - Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan...

Bimbang Ada Cacing, Wanita Rebus Pelitup Muka

SHAH ALAM – Susulan tular pelitup muka di luar negara dipercayai mengeluarkan cacing halus sebaik diwap dengan air panas, seorang wanita negara ini telah bertindak memasak pelitup muka bagi mengelakkan kejadian itu berulang.

Menerusi grup Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official, wanita berkenaan telah memasak beberapa pelitup muka terbabit yang direndam dalam periuk untuk meredakan kebimbangannya.

Dengan kapsyen, “Sejak viral (tular) cacing halus di mask (pelitup muka) ni. Was was nak pakai. akhirnya akak masak je sebelum guna.”

Status wanita berkenaan yang disifatkan bergurau atau sengaja berbuat demikian mendapat perhatian warganet yang rata-ratanya menyatakan pendapat mereka berhubungan isu terbabit.

Kata D’loy Putriayyan, sebelum ini dia pernah memakai pelitup muka namun mengalami kegatalan hingga tumbuh jerawat di wajahnya.

“Patutla bila pakai mask muka jadi gatal-gatal, naik jerawat terus,” katanya.

Malah Siti Nurhidayu juga menyatakan perkara yang sama apabila tumbuh jerawat di bahagian mulut sebaik memakai pelitup muka.


Begitu juga kata Azlinashafie Na Nik Rasedi, “Saya kalau pakai mask je… dia punya gatal hidung ini macam ada benda merayap je.”

Bagaimanapun, dakwaan mereka itu disangkal oleh Effieyy Syafieyy II dengan memberitahu, kemungkinan kulit si pemakai itu sensitif semasa menggunakan pelitup muka mengakibatkan kegatalan pada wajah.

“Yang berjerawat itu kerana kulit awak sensitif dan rengsa disebabkan fabrik mask tu, jadi boleh cari mask yang sesuai untuk kulit sensitif. Dekat kedai serbaneka ada menjual RM35 sekotak sesuai untuk mereka yang mengalami masalah hidung sensitif,” ujarnya.

Kata Ismi Liyana pula, “Rupanya bukan cacing tapi tekstur fiber (serat) dalam mask tu… Allahu… Tak perlu direbus kak…”

Sehingga kini, status wanita berkenaan tular hingga meraih lebih 9,100 komen, 17,000 tanda suka dan 1,100 perkongsian. – Sinar Harian

Kategori