Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Pertemuan Mesra Trump-Najib Bukti...

WASHINGTON DC - Kata orang bijak pandai: 'Biarlah gambar berbicara.' Namun foto ini...

Salleh Keruak Selar ‘Kewartawanan...

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak...

Video: Raja Bomoh Buat...

RAJA Bomoh, Ibrahim Mat Zin sekali lagi membuat 'onar' apabila kali ini beliau melakukan...

PDRM Nafi Adakan Iklan...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menafikan akan mengadakan temuduga terbuka untuk mengisi...

Covid-19 Jadi Alasan Majikan Tawar Gaji Rendah?

TANPA berselindung Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed mengakui gaji siswazah Malaysia berada pada tahap yang paling rendah sejak tahun lalu.

Jelas beliau, permulaan gaji siswazah yang rendah berkait rapat dengan keadaan semasa ekonomi negara yang dianggap paling teruk dalam sejarah akibat kemunculan pandemik Covid-19.

Kita bersetuju dengan pandangan Dato’ Pa mengenai punca berlaku penawaran gaji yang rendah terhadap golongan siswazah seperti yang dinyatakan tersebut.

Kita memahami ini adalah situasi di luar kawalan kerajaan kerana tangga gaji berkait dengan aspek tawaran dan permintaan peluang pekerjaan.

Bagaimanapun kita sangat tidak bersetuju dengan majikan yang cuba mengambil kesempatan daripada kemelesetan ini untuk menindas golongan pekerja.

Apakah logik gaji yang ditawarkan untuk diisi oleh graduan Ijazah Sarjana Muda cuma RM1,500 iaitu hanya lebih sedikit berbanding paras gaji mininum?

Adakah ini paras gaji yang wajar untuk mereka selepas bertahun-tahun bertungkus lumus menimba ilmu dengan kos pengajian yang bukan sedikit?

Paling menyakitkan hati apabila skop kerja gaji yang rendah jauh lebih membebankan berbanding gaji ‘standard’ yang sepatutnya diterima oleh golongan siswazah.

Ini bermaksud terdapat golongan majikan mengambil kesempatan memerah keringat siswazah di sebalik alasan peluang pekerjaan yang terhad.

Ini gejala yang sangat busuk sebusuk-busuknya. Sepatutnya ada situasi menang-menang antara golongan majikan dan pekerja pada waktu-waktu sukar begini.

Jangan letakkan sepenuhnya beban kemelesetan ekonomi pada golongan pekerja supaya majikan dapat terus mengaut keuntungan tanpa cuba berkompromi.


Bukankah baik jika ada kaedah yang menjamin kepentingan kedua-dua pihak sekali gus mewujudkan suasana harmoni dalam pasaran pekerjaan.

Antaranya, majikan mungkin boleh menetapkan tempoh waktu bekerja yang selari dengan gaji. Mungkin jumlah hari bekerja seminggu atau kadar jam sehari bekerja disesuaikan dengan kadar gaji.

Atau mungkin majikan membenarkan bekerja dari rumah (work from home) sehingga paras gaji dapat dikembalikan kepada paras ‘standard’.

Ini sekurang-kurangnya membolehkan pekerja mengurangkan kos ke tempat kerja yang perlu ditanggung saban hari.

KUALA LUMPUR 10/11/2018. A total of 5,413 graduates attend the Ibnu Khaldun Merit Award 2018 at International Islamic University. MALAYMAIL/Azneal Ishak.

Namun Insya-Allah masih ada harapan untuk pasaran gaji di Malaysia pulih seperti sedia kala.

Mustapa Mohamed menjangkakan gaji permulaan siswazah yang memasuki pasaran pekerjaan akan lebih tinggi menjelang pertengahan tahun ini.

Ini berikutan ekonomi dijangka semakin pulih dalam tiga ke empat bulan akan datang. Kita mendoakan jangkaan ini menjadi kenyataan.

Apapun keprihatinan Dato’ Pa selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) dalam isu ini sangat-sangat di hargai.

Beliau membuktikan masih ada pemimpin mengambil tahu tentang permasalahan rakyat dalam kesibukan ‘perang’ politik yang sedang melanda negara ketika ini. – Mynewshub.TV

Kategori