Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Rekaan Konsep Apple ‘FIiPhone’...

APPLE iPhone versi pertama muncul pada tahun 2007 dan ini sekaligus mengubah dunia...

Dong Jiao Zong Akui...

PUTRAJAYA - Pertubuhan pendidikan Cina, Dong Zong dan Jiao Zong (Dong Jiao Zong)...

Hari Wesak Menjadi Lambang...

KUALA LUMPUR ā€“ Kebebasan beragama, yang menjadi lambang perpaduan di negara ini, jelas...

Salah Pilih Tayar Jejas...

SEPANG - Pilihan tayar tidak bersesuaian dengan trek basah menjadi punca prestasi hambar...

Covid-19: Malaysia Mula Terima Vaksin CanSino Bulan Ini

PUTRAJAYA – Malaysia akan menerima bekalan 3.5 juta dos vaksin Covid-19 jenis CanSino dari China secara berperingkat, bermula bulan ini, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau berkata perolehan vaksin itu dibuat dalam dua kategori iaitu produk siap sebanyak 500,000 dos dan selebihnya penghantaran secara pukal untuk diisi dan dibungkuskan oleh syarikat tempatan Solutions Biologics Sdn Bhd (SolBio).

Melalui perolehan vaksin CanSino yang juga dos tunggal, sejumlah 3.5 juta populasi di negara ini akan mendapat manfaat, katanya. 

Dr Adham berkata vaksin CanSino akan digunakan terutamanya di kawasan pedalaman dan kawasan di mana penerima sukar untuk datang menerima suntikan sebanyak dua kali seperti vaksin jenis Pfizer-BioNTech dan Sinovac.

“Vaksin dos tunggal ini juga boleh digunakan bagi tujuan vaksinasi warga asing yang berada di Malaysia,” katanya kepada media selepas majlis memeterai perjanjian antara Kementerian Kesihatan (KKM) dan SolBio untuk mengilang vaksin atau secaraĀ fill and finish,Ā di sini hari ini.


Melalui perjanjian itu, SolBio akan mengendalikan proses pembotolan vaksin sebanyak tiga juta untuk dibekalkan kepada kerajaan.

Namun, kata Dr Adham syarikat tersebut masih perlu mematuhi semua peraturan berkaitan pendaftaran dengan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) sebelum boleh melaksanakan pembekalan vaksin.

“Sekiranya syarikat gagal mendapatkan kelulusan pendaftaran yang diwajibkan, perjanjian tersebut boleh dibatalkan kerana kerajaan menitikberatkan keberkesanan, keselamatan dan kualiti,” katanya. – BERNAMA

Kategori