Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Buruh Didakwa Cabul Adik...

TAIPING - Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari...

Enggan Beri Komen, Zaharah...

KECOH menerusi media utama tempatan berita perkahwinan kali kedua bekas menteri besar Selangor...

KPWKM Bentang Pindaan Akta...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan membentangkan pindaan Akta...

PEDi Perkasa Usahawan Kecil,...

BERA - Sebanyak 873 Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) di seluruh negara...

Dato’ Pa Belum Puas Bangunkan Jeli

JELI sebelum tahun 1995 pernah dianggap antara daerah termundur di Kelantan.

Walhal ia terletak di sebuah lokasi yang strategik dan berdaya maju.

Jeli merupakan pintu masuk Kelantan dari sebelah Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

Bersempadan pula dengan Thailand di sebelah utara dan Jajahan Tanah Merah di sebelah timur.

Juga sempadan Jajahan Kuala Krai dan Gua Musang di sebelah selatan dan Perak di sebelah barat.

Jeli memiliki banyak tempat menarik dengan flora dan fauna yang mempersonakan.

Keadaan muka buminya 82 peratus adalah berbukit-bukau, hutan-rimba dan banyak alur serta sungai.

Namun entah mengapa segala potensi cemerlang pada Jeli ketika itu seolah-olah gagal dinilai.

Selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 1995 barulah keadaan di Jeli berubah sedikit demi sedikit.

Ahli Parlimennya yang baharu mengambil inisiatif menterjemahkan potensi yang ada.

Datuk Seri Mustapa Mohamed gigih melaksanakan transformasi Jeli seperti diamanahkan.

Mengubah kawasan yang dianggap termundur di Kelantan kepada kawasan yang pesat membangun.

Kini Jeli daripada sebuah pekan kecil menjadi sebuah bandar dengan pelbagai kemudahan di sekitarnya.

Juga menjadi pusat pendidikan dengan kewujudan universiti, politeknik, maktab mahupun kolej.

Jambatan kedua merentasi Sungai Golok menghubungkan Bukit Bunga dan Buketa di selatan Thailand turut dibina.

Diiktiraf sebagai pintu gerbang moden untuk rakyat dua negara dalam membangunkan sosio ekonomi.


Kemudahan awam seperti stadium mini, gelanggang futsal, gelanggang takraw dan badminton turut diwujudkan.

Pelbagai kemudahan juga disediakan kepada penduduk untuk menjalankan perniagaan.

Jalan raya termasuk dalam kampung dinaik taraf dengan beberapa jambatan baharu dibina.

Masjid dan surau dibina baharu atau dinaik taraf, manakala Pusat Dakwah Jeli diberi nafas baharu.

Bagaimanapun Mustapa atau lebih dikenali sebagai Dato’ Pa dikatakan belum puas dan lebih banyak pembangunan mahu dilakukan di Jeli.

Ini bukti seorang wakil rakyat yang benar-benar ikhlas menjalankan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen.

Malangnya, tidak ramai wakil rakyat mampu melakukan seperti apa Dato’ Pa lakukan untuk Jeli.

Mungkin kerana kekurangan keazaman atau ‘political wisdom’ disebabkan faktor pengetahuan, pengalaman dan sebagainya.

Dato’ Pa bukan setakat lama dalam politik, malah sangat berpengalaman dalam pentadbiran negara.

Justeru, adakah wajar untuk masyarakat Jeli mengenepikan segala jasa dan sumbangan serta rancangan Dato’ Pa begitu sahaja?

Segala perancangan berterusan Dato’ Pa untuk memajukan Jeli jangan dibenarkan tersangkut pada PRU15 nanti.

Jika itu berlaku ia satu kerugian yang amat besar kepada Jeli dan keseluruhan penduduknya.

Semoga apa yang dihasrat Dato’ Pa menjadi kenyataan dan semoga lebih ramai wakil rakyat bersungguh berkhidmat seperti beliau.

Kita tunggu ketetapan masyarakat Jeli pada PRU15 nanti. – Mynewshub.TV

Kategori