Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Undi Dua Kali Tidak...

MELAKA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang...

Video: Staf Wanita Ditumbuk...

BEBERAPA hari lepas tular di laman sosial satu rakaman video memaparkan pergelutan antara...

Gambar: Rumah Nenek Neelofa...

RASANYA semua peminat hiburan mengetahui yang selebriti cantik Neelofa atau nama sebenarnya Noor...

Dua Lagi Didakwa Culik...

Kuala Lumpur : Dua lagi individu dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini, hari...

Denda Lebih RM11,000 Jika Tiada Permit Umrah

RIYADH – Arab Saudi mengumumkan umat Islam yang tidak mempunyai permit bagi mengerjakan umrah semasa Ramadan pada bulan ini akan dikenakan denda sebanyak 10,000 Saudi Riyal (RM11,026), lapor portal berita Arab News pada Jumaat.

Denda itu diperkenalkan sebagai cara untuk menghalang penularan pandemik Covid-19 di negara berkenaan.

Satu sumber Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi berkata, sebanyak 1,000 Saudi Riyal (RM1,102.65) juga akan dikenakan ke atas umat Islam yang menunaikan solat di Masjidilharam, Makkah tanpa permit sah.

Pihak berkuasa negara itu menyatakan langkah tersebut akan dikuatkuasakan apabila kehidupan kembali normal atau pandemik Covid-19 sudah berakhir, kata sumber berkenaan.

Sumber tersebut juga menyatakan pihak kementerian berkenaan mahu memastikan semua langkah bagi menghalang penularan Covid-19 itu akan dipatuhi oleh semua pihak.


Ia juga mahu memastikan bahawa peraturan kelulusan untuk mengerjakan umrah adalah sejajar dengan operasi keselamatan di lokasi masjid tersebut.
Sumber tersebut menyatakan semua kakitangan keselamatan akan mengawal di semua pusat keselamatan dan jalan raya yang menuju ke Masjidlharam serta sekitarnya.

Dalam pada itu, Menteri Dalam Negeri, Putera Abdul Aziz yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Haji meluluskan pelan kecemasan untuk Makkah dan Madinah semasa bulan Ramadan ini.

Ketua Pengarah Jabatan Pertahanan Awam, Leftenan Jeneral Sulaiman bin Abdullah Al-Amro berkata, pemeriksaan pandemik Covid-19 telah ditingkatkan di semua kemudahan dan lokasi yang dikunjungi oleh jemaah umrah. – Agensi

Kategori