Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

MRT SBK Jimatkan Masa...

KUALA LUMPUR - Terpaksa meredah kesesakan lalu lintas lebih sejam untuk ke tempat...

Tak Tahan Dibahan Isu...

KES salah faham membabitkan Fazura yang menjadi viral semalam masih belum menemui titik noktah...

Set of Therapy Research...

There are quite a few advantages in obtaining essay writers online that will...

Kebakaran Awal Pagi Ranap...

JOHOR BAHRU - Sebuah kilang memproses ayam di Taman Perindustrian Utama, Pontian, dekat...

Guan Eng Saman Raja Petra Tuntut RM20 Juta

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng menuntut ganti rugi am sebanyak RM20 juta dalam kes saman fitnahnya terhadap penulis blog Raja Petra Raja Kamarudin berhubung beberapa siri artikel dakwaan rasuah dalam projek terowong bawah laut Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion.

Lim, 61, selaku plaintif, berkata sebanyak 20 artikel disiarkan dalam kedua-dua versi bahasa Inggeris dan Melayu oleh portal Malaysia Today milik Raja Petra bermula Februari 2019.

“Saya menuntut ganti rugi RM1 juta bagi setiap artikel. Siri artikel itu dikongsi oleh pengguna internet dan artikel itu masih belum diturunkan (padam) lagi oleh defendan (Raja Petra),” katanya ketika memberi keterangan pada prosiding taksiran ganti rugi di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Arief Emran Arifin hari ini.

Lim berkata ketika artikel itu diterbitkan, beliau memegang jawatan penting sebagai Menteri Kewangan dan fitnah itu adalah khusus kepada khidmatnya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

“Nama baik dan reputasi saya tercemar secara teruk, lagipun defendan menyatakan sumber beliau adalah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ini merosakkan kewibawaan dan karakter saya,” katanya yang turut menuntut ganti rugi teruk dan teladan masing-masing berjumlah RM500,000.

Sementara itu, peguam Simon Murali, yang mewakili Lim dalam hujahnya berkata, Malaysia Today adalah portal dalam talian percuma dan boleh diakses oleh sesiapa, malah setiap artikel yang diterbitkan boleh dikongsi oleh pembaca.

“Tiada keraguan bahawa penyebaran dan penerbitan melalui internet adalah secara global dan boleh dilihat oleh sesiapa di seluruh dunia. Lebih-lebih lagi pernyataan fitnah ini menyasarkan Menteri Kewangan ketika itu.

“Tempoh penyebaran merangkumi sebulan, di mana pernyataan-pernyataan fitnah diterbitkan secara bersiri. Oleh itu, jumlah ganti rugi am berjumlah RM1 juta bagi setiap artikel adalah munasabah,” kata peguam itu.


Mahkamah kemudian menetapkan 26 April untuk plaintif memfailkan hujahan tambahan dan keputusan bagi taksiran ganti rugi ditetapkan pada 25 Mei ini menerusi aplikasi Zoom.

Pada 28 Februari tahun lalu, Lim memperoleh penghakiman ingkar selepas Raja Petra tidak memasukkan kehadiran bagi menjawab saman yang dikemukakan terhadapnya.

Lim memfailkan saman fitnah pada 6 September 2019 berhubung satu siri artikel ‘Dari Fail SPRM’ yang disiarkan dalam kedua-dua versi bahasa Inggeris dan Melayu oleh portal Malaysia Today milik Raja Petra antara 24 Februari dan 15 Mac 2019.

Setiausaha Agung DAP itu memfailkan permohonan bagi mendapatkan penghakiman ingkar selepas Raja Petra gagal memberikan maklum balas terhadap notis saman yang diiklankan Lim melalui tiga akhbar pada 10 Februari 2020.

Sebelum itu, Lim cuba menyerahkan writ saman dan penyataan tuntutan kepada Raja Petra melalui perkhidmatan peribadi di alamat terakhir penulis blog tersebut yang diperoleh daripada Jabatan Pendaftaran Negara dan Suruhanjaya Pilihan Raya namun gagal. – BERNAMA

Kategori