Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Babak Drama Fail! Pelakon...

Bagi penonton yang peka, kesilapan kontinuiti atau goofs adalah perkara biasa dalam drama...

Hebat! Wanita Tanpa Tangan...

HENDAK seribu daya, tak hendak seribu dalih.Itulah peribahasa yang sangat sinonim dengan kecekalan...

COVID-19: Muhyiddin Dijangka Umum...

KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 14 April, hari...

Jackie Chan Tak Percaya...

BEIJING - Pelakon terkenal kelahiran Hong Kong, Jackie Chan mendedahkan pelbagai rahsia mengenai...

Guru Didakwa Galak Rogol Sudah Diambil Keterangan

SUNGAI BULOH – Polis sudah mengambil keterangan seorang guru subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) di sebuah sekolah menengah di daerah ini yang dikatakan mengeluarkan kata-kata berunsur lucah ketika mengajar, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, guru lelaki berusia 41 tahun itu diambil keterangan berhubung kes terbabit, semalam.

“Selain guru terbabit, kami juga sudah mengambil keterangan pengadu iaitu seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun, semalam.

“Beberapa saksi lain juga akan diambil keterangan dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Shafa’aton berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan selepas pihaknya menerima laporan berhubung perkara itu pada Sabtu lalu.


“Laporan itu dibuat oleh pengadu selepas guru berkenaan ada menyebut mengenai elemen rogol di dalam kelas yang mendatangkan kegusaran serta tidak senang hati pelajar perempuan berkenaan.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 294 Kanun Keseksaan,” katanya.

Terdahulu, satu video di aplikasi Tik Tok berdurasi 59 saat menunjukkan seorang pelajar perempuan memaklumkan seorang guru lelaki subjek PJK yang bergurau mengenai elemen rogol tular di media sosial, baru-baru ini. – myMetro Online

Kategori