Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Nak Duit Ke, Nak...

NAMPAKNYA konflik yang berlaku antara pelakon Rita Rudaini dan bekas suaminya, Aidil Zafuan seperti...

Batu Sumpah Keningau Dipindahkan...

KOTA KINABALU - Kerja-kerja untuk memindahkan Batu Sumpah Keningau akan dilaksanakan April ini,...

‘Terima Kasih Bazirkan RM3,200...

JIKA ke hospital atau klinik kerajaan, orang ramai hanya dikenakan cas RM1 untuk mendapatkan...

Singapura Pasang Peranti Di...

SINGAPURA - Peranti pintar yang mengukur jumlah air digunakan semasa mandi akan dipasang...

“Jangan Harap Nak Kutip Penalti Cukai RM1.74 Bilion Dari Saya”

KUALA LUMPUR – Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan tidak perlu berharap mengutip penalti cukai tambahan RM1.74 bilion daripadanya. Ini kerana, dakwanya penalti cukai itu tidak wajar dan beliau tiada wang sebanyak itu.

“Jangan harap nak kutip penalti cukai tambahan RM1.74 bilion yang tak wajar dari saya sebab saya tiada wang sebanyak RM1.74 bilion untuk bayar,” katanya dalam catatan di Facebook. 

Pada 5 April lalu, Najib menerima notis kebankrapan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) .

Pada Jun 2019, kerajaan melalui LHDN memfailkan tuntutan saman terhadap Najib bagi menuntut lebih RM1.69 bilion daripada bekas perdana menteri itu, dengan kadar faedah lima peratus tahunan bermula daripada tarikh penghakiman, serta kos dan relif lain yang dianggap wajar oleh mahkamah.

Dalam pernyataan tuntutan itu, kerajaan menyatakan Najib gagal membayar cukai pendapatan untuk tahun 2011 hingga 2017 dalam jangka waktu 30 hari yang ditetapkan setelah notis taksiran dikeluarkan.

Dalam catatan di Facebook itu, Najib mengulas mengenai kutipan cukai langsung pada tahun 2018 dan 2019. Kutipan cukai langsung dua tahun itu adalah jauh lebih tinggi berbanding 2017.

“Pada masa itu, ramai yang mengadu bahawa LHDN terlalu agresif mengutip cukai daripada rakyat pada masa ekonomi semakin turun sebab kerajaan ingin ganti hasil cukai jualan dan perkhidmatan (GST) yang dimansuhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH).


“Semasa ekonomi berkembang pesat pada 2017 sebelum Pilihan Raya Umum Umum ke-14 (PRU-14), kutipan cukai LHDN adalah sebanyak RM123 bilion. Jumlah kutipan naik kepada lebih RM140 bilion pada 2019 walaupun pertumbuhan ekonomi jatuh ke paling rendah sejak 10 tahun lalu masa itu dan jatuh ke RM123 bilion tahun 2020 lalu akibat pandemik,” katanya. 

Sasaran kutipan LHDN bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN) dinaikkan semula kepada RM144 bilion untuk tahun 2021 – iaitu hampir sama dengan tahun 2019 sebelum pandemik COVID-19 melanda.

“Sasaran itu jauh melebihi kutipan RM123 bilion pada 2017 semasa ekonomi berkembang pesat,” katanya.

Beliau mempersoalkan sama ada sasaran itu realistik dengan pendapatan orang ramai pada tahun 2021 ini akan memulih kepada paras tahun 2019 sedangkan COVID-19 masih melanda. Adakah ia realistik ketika gaji permulaan graduan sudah jatuh ke bawah paras gaji minimum dan beberapa sektor utama negara seperti sektor penerbangan dan sektor pelancongan masih lumpuh?

Beliau secara sinis bertanya sama ada kerajaan PN akan lebih agresif untuk mengutip cukai daripada rakyat berbanding kerajaan PH dahulu dengan menggunakan pendekatan “bayar dulu, bincang kemudian.” – BH Online

Kategori