Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Adnan Mat Ganti Azih...

SHAH ALAM - Timbalan Presiden Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Pihak Berkuasa Tempatan, Adnan Mat...

Ex PA Dedah Nad...

BENGANG dengan tuduhan Nad Zainal yang mengatakan dirinya melarikan duit pelakon itu, bekas...

595 Kematian Akibat Covid-19...

KUALA TERENGGANU : Sebanyak 77.5 peratus atau 595 kes kematian akibat Covid-19 di...

MAB Pertama Di Dunia...

SINGAPURA - Semua pesawat Malaysia Airlines Berhad (MAB) bakal mempunyai akses data untuk...

Jangan Sebar Video Judi Aidilfitri

KUALA LUMPUR – Pengguna media sosial diingatkan tidak menyebarkan video kegiatan judi bertemakan sambutan Aidilfitri yang dikhuatiri menggugat keselamatan dan ketenteraman awam.

Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek, berkata pihaknya bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang memantau perkara itu dan tindakan undang-undang boleh diambil terhadap mereka yang masih berdegil menularkan video berkenaan.

“Kalau video itu ditularkan melalui media sosial, mereka boleh diambil tindakan undang-undang. Bukan hanya SKMM pantau perkara ini tetapi ia termasuk penguatkuasaan daripada PDRM.

“SKMM dan PDRM sentiasa bekerjasama untuk menangani sebarang aktiviti menyalahi peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya pada BH, hari ini.

Semalam, polis dilaporkan sedang mencari lelaki dikenali Jonathan Tan Tee Hoe berusia 34 tahun bagi membantu siasatan berkaitan video perjudian bertemakan Aidifitri yang tular di media sosial baru-baru ini.


Sebelum ini, media melaporkan 25 individu termasuk penerbit, pelakon dan kru produksi ditahan kerana dipercayai terbabit pembikinan empat video mempromosikan judi dalam talian.

Daripada jumlah itu, 12 individu masih direman untuk siasatan, manakala selebihnya dibebaskan dengan jaminan polis. – BH Online

Kategori