Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kedah Siasat Kemungkinan Wujud...

ALOR SETAR: Kerajaan negeri akan melakukan siasatan terhadap kemungkinan wujud peranan kartel dalam...

Tabung Haji Serah Zakat...

KOTA KINABALU - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan zakat perniagaan berjumlah...

VIDEO: Penyampai Berita Tergelak...

BUKAN mudah sebenarnya untuk seseorang itu menggalas tugas sebagai penyampai berita.Biar apapun yang...

23 Kawasan Di Kuala...

KUALA SELANGOR : Sebanyak 23 kawasan di daerah ini mengalami gangguan bekalan air...

Kadar Rt Covid-19 Tertinggi Di Kelantan

KUALA LUMPUR – Kelantan merekodkan kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R naught (Rt) tertinggi di seluruh negara semalam (22 April) pada kadar 1.53 berbanding kadar kebangsaan 1.16.

Kementerian Kesihatan menerusi infografik disiarkan di Twitter rasmi kementerian memaklumkan negeri itu merekodkan kes baharu tertinggi semalam dengan 663 kes baharu dalam tempoh 24 jam. 

Menerusi hantaran sama, antara negeri yang mencatatkan kadar kebolehjangkitan tertinggi termasuk Kuala Lumpur dengan 1.29, diikuti Melaka 1.23 dan Kedah 1.18.

Sementara itu nilai Ro/Rt Kebangsaan pula naik sedikit kepada 1.16 daripada 1.15 sebelum ini. 

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan, Dr Izani Husin dilaporkan berkata, peningkatan ketara kes baharu negeri itu telah menyebabkan fasiliti hospital dan Pusat Kuarantin Risiko Rendah (PKRC) Covid-19 penuh dan petugas kesihatan tidak mencukupi.


Semua jajahan di Kelantan kini berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 29 April susulan peningkatan ketara kes Covid-19 di negeri ini. 

Jajahan Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Puteh, Bachok, Machang, Tumpat dan Tanah Merah dikenakan PKP bermula 16 April manakala PKP di Jajahan Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang bermula semalam. – BERNAMA

Kategori