Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Wanita Terkejut, Kaki Hampir...

"SAYA berjalan sejauh 10 kilometer dan kaki saya hampir 'meletup',’’ bunyinya menakutkan tetapi...

Bulan Usahawan Siswa 2018...

JOHOR BAHRU - Sebanyak RM1.2 juta hasil jualan berjaya dikutip sempena Bulan Keusahawanan...

Lihat Semula Matlamat Sebenar...

IPOH - Kementerian Belia dan Sukan akan melihat semula matlamat sebenar penyertaan Persekutuan...

Tahu Ajal Tidak Lama,...

MEMBAHAGIAKAN dan membalas jasa kedua-dua ibu bapa merupakan satu tanggungjawab yang harus diambil...

Kadar Rt COVID-19 Terus Meningkat

KUALA LUMPUR – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) COVID-19 mengikut kes seharian semalam, terus meningkat kepada 1.17, berbanding 1.14 pada hari sebelumnya.

Ini peningkatan berturut-turut nilai Rt sejak 10 April lalu, susulan peningkatan kes COVID-19 yang direkodkan sejak kebelakangan ini.

Berdasarkan data yang dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Twittter hari ini, Terengganu terus mencatatkan kadar kebolehjangkitan COVID-19 tertinggi dengan nilai Rt 1.49, berbanding negeri lain.

Ini diikuti Kelantan dengan nilai Rt 1.35, Putrajaya (1.25), Sabah (1.24), Sarawak (1.19), Kuala Lumpur (1.15) dan Melaka (1.11).

Selain itu, Perak (1.07), Kedah (1.05), Negeri Sembilan (1.04), Pahang (1.04) dan Selangor (1.03).


Hanya tiga negeri mencatatkan nilai Rt di bawah satu iaitu Labuan (0.95), Johor (0.93) dan Pulau Pinang (0.89), manakala Perlis hanya mencatatkan satu kes.

Semalam, sebanyak 2,148 kes baharu COVID-19 dilaporkan di seluruh negara iaitu jumlah tertinggi sejak Mac lalu, menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini meningkat kepada 367,977 kes. 

Dr Noor Hisham berkata, terdapat pertambahan dua lagi kes COVID-19 varian UK B.1.1.7 yang dikesan di Malaysia, menjadikan jumlah kes bagi varian itu sebanyak lima kes setakat ini. – BH Online

Kategori