Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Buka Destinasi Pelancongan Tertakluk...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menjelaskan pihaknya tertakluk keputusan...

Sekolah Aliran Inggeris Bakal...

ADAKAH negara bakal kembali kepada zaman sebelum merdeka atau ini antara inisiatif di...

Daftar Diri Di Kedutaan...

PUTRAJAYA - Menteri Luar, Saifuddin Abdullah menasihatkan rakyat Malaysia yang tinggal atau dalam...

VIDEO : Bebas Cukai...

TUMPAT (Kelantan) - Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor yang biasanya menjadi tumpuan orang...

Kerajaan Tidak Bercadang Laksana PKP Menyeluruh

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan satu lagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyeluruh, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata, PKP hanya dilaksanakan di lokasi tertentu yang menjadi kawasan dengan peningkatan mendadak kes penularan pandemik.

“PKP bersasar hanya untuk memastikan penularan COVID-19 dapat dikawal, gangguan perniagaan dapat diminimumkan dan kemampanan ekonomi dapat dicapai,” katanya berucap pada Majlis Perjumpaan Bersama Pihak Industri di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Timbalannya, Datuk Lim Ban Hong.

Muhyiddin berkata, beliau memberi jaminan kerajaan akan menerapkan langkah sesuai untuk mencapai keseimbangan antara melindungi nyawa dan kehidupan rakyat yang terjejas dengan COVID-19.

Katanya, kerajaan akan melakukan apa yang perlu untuk menghidupkan semula ekonomi dan mengembalikan pekerjaan kepada rakyat.


“Seperti yang dikatakan, saya harus mengakui dan menghargai peranan penting diambil sektor swasta dalam memerangi wabak ini terutama ketika PKP,” katanya.

Menuju ke hadapan, Perdana Menteri berharap komuniti perniagaan termasuk individu akan terus melaksanakan peranan penting dalam mengurus dan membendung wabak kerana ia adalah tanggungjawab bersama.

“Justeru, saya sekali lagi menekankan peranan industri adalah penting untuk mencapai matlamat bersama bagi melindungi nyawa dan kehidupan,” katanya. – BH Online

Kategori