KUALA LUMPUR – Sebanyak 2,341 kes baharu Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu, meningkat berbanding 2,078 kes semalam.
Ia menjadikan jumlah kumulatif jangkitan virus setakat ini 379,473 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam Twitter rasmi memaklumkan Sarawak terus mencatatkan kes baharu tertinggi iaitu 600 kes, diikuti Selangor (539), Kelantan (429), Kuala Lumpur (344) dan Johor (102).
Sementara itu, Pulau Pinang merekodkan 92 kes, Sabah (82), Kedah (44), Perak (34), Melaka (19), masing-masing 17 kes di Negeri Sembilan dan Pahang, manakala Putrajaya dan Perlis masing-masing tiga kes dan Labuan (1). – BERNAMA