Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Kes Filem Bohsia Didakwa...

PROSES mediasi antara Skop Productions yang diwakili Datuk Yusuf Haslam dan anaknya, Syamsul Yusuf...

Foto Lelaki Cuba Muatkan...

SEKEPING gambar menunjukkan seorang lelaki sedang berhempas pulas memasukkan sofa ke dalam ruang...

El-Nino Dijangka Berterusan Hingga...

KOTA BHARU : Fenomena El Nino atau cuaca panas yang sedang melanda negara...

Victoria Beckham Berkenan ‘Calon...

SEBELUM ini memang terdengar ura-ura mengatakan pelakon, Chloe Grace Moretz menjalinkan hubungan cinta...

Kes Sporadik Punca Jangkitan COVID-19 Meningkat

PUTRAJAYA – Orang ramai perlu menggunakan alat perlindungan peribadi seperti pelitup muka berikutan banyak kes jangkitan COVID-19 dikesan membabitkan kes sporadik.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata kira-kira 60 peratus daripada keseluruhan kes COVID-19 sepanjang tempoh 1 Januari sehingga semalam dilaporkan tiada punca jangkitan atau tidak diketahui puncanya.

“Ia membabitkan 170,173 kes dan ia sangat banyak. Tiga negeri yang mencatatkan kes sporadik, yang perlu kita kawal dengan baik ialah Selangor dengan 65,215 kes; Kuala Lumpur (19,834) dan Johor (17,974). 

“Kes sporadik ini berada dalam masyarakat. Selain daripada 60 peratus, kira-kira 40 peratus adalah kluster direkodkan setakat ini,” katanya pada sidang media mingguannya hari ini.

Beliau berkata, kementerian bimbang kes sporadik ini boleh menular di sekolah berikutan sukar mengetahui tahap pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP).


Katanya, kebanyakan kes kluster di sekolah berpunca dari luar berikutan kerana tahap pematuhan SOP yang tinggi di sekolah.

“Kebanyakan kes jangkitan, indeksnya berasal dari luar yang direkodkan sebagai kontak dengan keluarga dan mungkin tidak bergejala serta tidak dapat dikesan di peringkat awal,” katanya. – BH Online

Kategori