Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Gangguan Bekalan Air Di...

KUALA LUMPUR - Beberapa kawasan di Sepang dan Kuala Langat akan mengalami...

Piala Sudirman: Skuad Badminton...

PERLAWANAN pembukaan kumpulan 1D Kejohanan Piala Sudirman 2015 di Dongguan China yang berlangsung...

Pemotongan Mata: 4 Pasukan...

KUALA LUMPUR - Empat pasukan Liga Malaysia (Liga-M) yang dikenakan hukuman potong enam...

Bank Islam Menang Anugerah...

KUALA LUMPUR - Bank Islam Malaysia Bhd memenangi ‘Bank Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) Islam Terbaik’ pada Anugerah Kewangan Islam Asset...

KKM Cadang Rentas Negeri Balik Raya Ditangguh

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mencadangkan rentas negeri untuk sambutan Aidilfitri pada bulan depan ditangguh. 

Perkara itu dimaklumkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Selain itu, beliau berkata, bazar Ramadan juga akan ditutup jika terdapat kluster jangkitan dipercayai daripada aktiviti bazar.

Pada Sabtu lalu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata KKM perlu membuat pengumuman lebih awal berhubung rentas negeri sempena perayaan Aidilfitri ini.

Beliau berkata, ia berikutan keputusan sama ada membenarkan atau tidak orang ramai melakukan rentas negeri ketika perayaan itu adalah atas nasihat kementerian berkenaan.

Katanya, isu rentas negeri untuk pulang beraya adalah perkara utama khususnya apabila Ramadan tiba.


“Apabila mereka (KKM) membuat penilaian risiko, mereka tahu sekiranya buka, apa risikonya atau kesannya. Jadi kita tunggu daripada KKM sama ada boleh atau tidak rentas negeri sempena Aidilfitri nanti.

“Ia bukan kuasa kita…kita lihat apa yang berlaku dulu apabila kerajaan membenarkan dan rentas negeri dibuka, terdapat 31 kluster balik kampung, sebab itu KKM perlu berhati-hati kali ini.

“Kita akan umum dalam waktu terdekat kerana kita pun tidak mahu ganggu orang balik kampung, mahu beli tiket pesawat atau bas,” katanya. – BH Online

Kategori