PM8 kata kerajaan PN dah belanja lebih RM600 bilion untuk lawan Covid.
Sebab itu, dia kata Kerajaan sekarang dah tak ada banyak wang yang tinggal seperti dahulu.
Sebelum PRU14, dia dan kawan-kawan dia juga yang asyik ratib negara sudah bankrap bawah Najib sebab hutang negara naik RM300 bilion dalam tempoh 9 tahun (tapi jumlah aset negara naik RM1.2 trilion dari RM800 bilion ke RM2 trilion pada akhir tahun 2017).
Dari mana datangnya RM600 bilion itu untuk PN belanja?
Bukan PH yang simpan sebab defisit serta hutang negara naik lagi tinggi masa rejim PH.
Rupanya kerajaan pada masa PN mula memerintah masih ada banyak duit untuk PN belanja lebih RM600 bilion sejak setahun dahulu.
Selepas PRU14 pula, hutang negara juga naik RM300 bilion tetapi jumlah nilai aset turut jatuh.
Jadi jangan lagi sesiapa yang masih nak fitnah saya dan BN telah bankrapkan negara.
Realitinya ialah kerajaan BN dalam tempoh 9 tahun saya PM telah menjaga ekonomi dengan amat baik dengan:
- kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi,
- kadar pelaburan asing paling tinggi dalam sejarah serta paling tinggi di ASEAN pada tahun 2017,
- pembangunan infrastruktur seluruh Malaysia, bantuan rakyat yang semakin naik setiap tahun,
- pasaran saham yang naik dari 800 point hingga 1,896 point iaitu paras paling tertinggi dalam sejarah;
- aset dan rizab tunai Petronas naik 4 kali ganda dari RM114 bilion ke RM432 bilion;
- nilai aset bersih Khazanah naik juga hampir naik 4 kali ganda dari RM32 bilion ke RM116 bilion dan = dividen-dividen serta Hibah tabung rakyat yang tinggi sepanjang tempoh itu.
- bantuan rakyat yang diperkenalkan dan dinaikkan jumlah setiap tahun – misalnya BR1M naik dari sifar ke RM500 ke RM1,200 dan bakal menjadi RM1,800 pada tahun 2018 jika BN menang PRU14.
Itu adalah fakta.
“Saya pergi sekolah tapi saya tak pandai kira how much is that, saya fikir banyak orang Sikh faham, it is more than RM600 billion, that’s big sum of money (ia lebih daripada RM600 bilion, jumlah yang sangat besar),” katanya kepada masyarakat Sikh sempena sambutan perayaan Vaisakhi di Petaling Jaya, Selangor hari ini.
“What i am trying to say here, we don’t have much money left (Apa yang saya cuba nak sampaikan di sini, kita tak banyak wang lagi yang tinggal),” katanya.
“Kita tak ada banyak wang seperti sebelum ini, kerana perkara yang paling penting bagi kita adalah memastikan kehidupan kita; kita seharusnya dapat menguruskan diri dengan lebih baik,” katanya.
“12 April 2021: Kerajaan dah tak ada banyak wang, kata PM”
https://www.malaysiakini.com/news/570438