Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Berita Palsu TMJ Belanja:...

JOHOR BAHRU – Orang ramai dinasihati agar menyemak kesahihan berita yang diterima serta...

Aceh Haram Wanita Keluar...

Banda Aceh - Pihak berkuasa Banda Aceh semalam mengharamkan wanita berada di luar...

Pendaftaran Vaksin Kanak-Kanak, Remaja...

PUTRAJAYA - Pendaftaran bagi mendapatkan suntikan vaksin terhadap kanak-kanak berusia 12 tahun ke...

Pasar Raya Besar Main...

MELAKA - Pasar raya besar di negara ini boleh memainkan peranan penting dalam...

LHDN Sahkan Sumbangan Politik Dikecualikan Cukai

DARI FB NAJIB RAZAK

INI jawapan rasmi parlimen diberi Menteri Kewangan PN kepada soalan Ahli Parlimen Pontian pada bulan Julai 2021 lalu.

Menteri Kewangan yang jaga LHDN sahkan bahawa:

  • sumbangan politik dikecualikan cukai,
  • parti politik dikecualikan cukai; dan
  • pendapatan dari sumber luar negara juga dikecualikan cukai.

Jadi, kenapa pula saya dikenakan penalti cukai tambahan RM1.74 bilion oleh kerajaan PH dahulu dan kenapa tindakan ini diteruskan di bawah kerajaan PN?

(Mat Maslan lupa tanya kenapa dana yang diterima dari luar negara dan dipulangkan empat bulan kemudian kepada penghantar dan dana yang dikatakan hasil “rompakan” dikenakan cukai pula.)

Menteri Kewangan juga kata bahawa jika mereka yang dikenakan tindakan cukai tidak sahih masih boleh merayu di mahkamah atau mengemukakan rayuan kepada Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan (PKCP) di bawah LHDN.

Tapi apabila saya bawa kes cukai saya ke mahkamah, hakim beritahu kita bahawa undang-undang tidak memberi kuasa kepada mahkamah untuk campur tangan dalam pengiraan cukai penalti dikeluarkan LHDN.


Suruh saya bayar dulu, lalu bincang kemudian.

Manakala saya juga tidak dijadualkan dan diberi peluang untuk merayu kepada PKCP.

Terus dikeluarkan notis bankrap terhadap saya.

Biarpun itu, saya tidak salahkan Menteri Kewangan PN (Menteri Kewayangan PH lain cerita) sebab saya sudah terima maklumat bahawa dia pernah cuba tolong saya tapi telah dihalang oleh bossnya selepas Perhimpunan Agung UMNO.

Dia disuruh lepas tangan dalam hal cukai terhadap saya ini. Biar boss dia uruskan.

Kategori