DARI FB NAJIB RAZAK
KP KKM beri amaran bahawa kes aktif Covid naik semula tiap-tiap hari sejak 7 April.
Menteri Pertahanan beri amaran bahawa Malaysia mungkin berdepan gelombang keempat Covid biarpun gelombang ketiga masih belum reda.
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt diberi KKM naik ke 1.07 iaitu paling tinggi sejak 4 Februari 2021 lalu dan di atas paras neutral 1.00.
Kadar vaksinasi negara masih sangat perlahan. Menteri vaksin kata bekalan vaksin yang mencukupi hanya dijangka pulih pada bulan Jun.
Nampaknya hasrat kerajaan untuk turunkan kes jangkitan baru setiap hari kepada dua angka menjelang bulan Mei dengan perlaksanaan darurat/PKP pada bulan Januari lalu bakal tidak kesampaian.
Apapun, kita jangan leka semasa menyambut bulan Ramadan.