Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Pengarah Syarikat Minyak Masak...

SHAH ALAM - Seorang pengarah syarikat didenda RM25,000 atau enam bulan penjara oleh...

Mesyuarat Khas PRN Sabah...

KUALA LUMPUR - Mesyuarat khas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN)...

Dewan Rakyat Dimaklumkan Zafrul...

PARLIMEN l Setelah dua kali penafian bahawa Tengku Zafrul Abdul Aziz adalah masih...

GoAsean Kini Boleh Ditonton...

KUALA LUMPUR - Penonton saluran kembara pertama di dunia mengenai ASEAN, GOASEAN kini...

Masih Adakah Kepimpinan Melalui Teladan?

SERING kita dengar tentang peribahasa “kepimpinan melalui teladan”. Tetapi apakah kita benar-benar mendalami maksud disebaliknya?

Ia bererti tauladan yang baik ditunjuk oleh pemimpin untuk dicontohi dan diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat.

Tingkah laku murni pemimpin membuatkan yang lain melihat dan mengamalkan sikap ditonjolkan oleh pimpinan mereka.

Secara umum “kepimpinan melalui teladan” sinonim peribahasa yang lebih ‘marhain’ iaitu “bapa borek anak rintik”.

Bagaimana perlakuan baik si ayah, maka begitulah perlakuan si anak.

Tetapi di Malaysia konsep “kepimpinan melalui teladan” kadangkala ‘vice versa’. Tauladannya agak berbahaya untuk diikuti.

Bermusuhan, kutuk mengutuk, caci mencaci, jatuh menjatuhi, benci membenci, hentam menghentam dan sama waktu dengannya.

Bukan sahaja dalam kalangan pemimpin politik, malah pemimpin dalam segenap bidang – korporat mahupun kolar biru.

Tetapi beberapa hari lalu wujud bukti masih ada harapan untuk “kepimpinan melalui teladan” menjuarai persada nasional.

Ia diterjemahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.


Laman Facebook beliau semalam memaklumkan Ahli Parlimen Jeli itu melakukan kunjungan hormat ke atas YAB Menteri Besar Johor.

Sedangkan semua sedia maklum hubungan antara parti diwakili Dato’ Pa iaitu Bersatu dan UMNO sedang bergolak teruk.

Namun Mustapa tidak mencampur aduk antara urusan politik dengan urusan negara. Tolak ketepi itu demi kepentingan rakyat, negara.

Beliau berlapang dada bertemu Datuk Hasni Mohammad yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor.

Dato’ Pa malah turut mempengerusikan mesyuarat Iskandar Malaysia bersama YAB Menteri Besar Johor.

Ini menunjukkan betapa profesional Dato’ Pa dalam menguruskan hal ehwal ekonomi negara. Tiada ‘double standard’ walaupun berbeza fahaman politik.

Begitu juga sikap sama ditunjukkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor itu ke atas Mustapa. Tahniah kedua-dua mereka!

Semoga “kepimpinan melalui teladan” dalam kalangan pemimpin politik terus diterjemahkan pada mata rakyat agar menjadi ikutan dalam kehidupan mereka. – Mynewshub.TV

Kategori